USAHAWAN 12 : HOUSEBOAT(FAIZ SYURAIHAN MAMAT)

09 December 2016 | Kisah Kejayaan

                                                                            

Faiz Syuraihan berumur 21  tahun atau dikenali dengan panggilan “Pok” merupakan salah satu usahawan  yang menjalankan perniagaan perkhidmatan houseboat di Tasik Kenyir.beliau meneraju perniagaan keluarganya dimana houseboat tersebut siap dibina pada tahun 2016 iaitu "Arowana Kenyir houseboat".Houseboat tersebut merupakan 3 tingkat yang menyediakan 7 bilik tidur, dapur yang dilengkapi peti ais dan peralatan memasak,tandas, bilik solat, bilik audio &visual berkarpet dan aircond serta set karoke,tempat bbq, ruang santai dan aktiviti.Beliau sangat rajin bekerja walaupun diusia muda dan sentiasa datang ke  Pusat Internet 1 Malaysia untuk  mempelajari cara mempromosi produk beliau melalui facebook, instagram dan whatsapp dan bekerjasama dengan Pi1M untuk mempromosi houseboat tersebut. Harapan beliau semoga dengan adanya kemudahan di Pi1M Kampung Chapu ini dapat mempermudahkan segala urusan untuk mempromosi perniagaannya menggunakan Pi1M  untuk memudahkan beliau untuk melayari ilmu ICT tanpa sempadan.

Tempahan :

017-9054171(Pok)

facebook : Arowana kenyir Houseboat

email : arowanakenyir@gmail.com