PERASMIAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA CELCOM GUGUSAN HULU TERENGGANU

21 December 2016 | Berita Terkini

18 Disember 2016(Ahad)-Perasmian Pusat Internet 1 Malaysia Celcom gugusan Hulu Terengganu telah diadakan di Pi1M Kampung Chapu.Perasmian ini diadakan secara serentak 4 Pi1M Hulu Terengganu iaitu Pi1M Padang Tara,Pi1M Menerong dan Pi1M Felda Mengkawang. Perasmian ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia dan Ahli Parlimen Hulu Terengganu YB Dato Haji Jailani Johari yang diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia &Sukan & Sumber Manusia ADUN Telemong YB Dato Haji Rozi Mamat, Ketua Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Timur, Encik Md Rusli Haji Ahmad dan Pengurus USP Management Celcom Axiata, Encik Zawawi Harun.

Aktiviti senaman aerobik  diadakan pada awal 7.00 pagi yang dihadiri oleh belia dan wanita kampung Chapu. Selain itu, penduduk kampung yang lain mula memasak pada pukul 6.00 pagi.Semangat kerjasama penduduk kampung Chapu amat dihargai.Seterusnya jam 8.00 pagi diteruskan dengan aktiviti mewarna bagi pelajar yang berumur 5 hingga 7 tahun iaitu seramai 20 orang pelajar manakala pendaftaran juga bermula pada jam 8.00 pagi dimana mereka juga mendapat nombor cabutan bertuah dan pendaftaran keahlian percuma pusat internet.Pada hari tersebut pameran daripada agensi juga turut hadir iaitu AADK,KOSPEN,E-Rezeki,Celcom dan juga usahawan-usahwan tempatan yang menjual kraftangan,kerepek,kek dan sebagainya.

Pada jam 9.00 pagi ketibaan YB Dato’Haji Jailani Johari yang diiringi oleh selawat dan perarakan daripada wanita kampung Chapu.Seterusnya mereka dijemput ke khemah VIP bersama jemputan yang lain.Bacaan doa dimulakan oleh iman kampung Chapu Encik Haji Abdul Rahman Ali dan seterusnya ucapan aluan daripada YB Dato’ Haji Rozi bin Mamat selakunya ADUN Telemong. Selepas itu ucapan perasmian disempurnakan Dato’ Haji Jailani Johari dan seterusnya penyampaian hadiah kepada kanak-kanak mewarna dan juga cenderahati kepada VIP . Pada jam 10.00 pagi YB Dato’ Jailani Johari bersama tetamu VIP yang lain diiringi oleh pengurus Pi1M Kampung Chapu Noraini Mamat untuk ke PI1M untuk menyelesaikan gimik perasmian dan sedikit taklimat daripada pengurus Pi1M. Setelah selesai tetamu VIP diiringi oleh JKKK kampung untuk menjamah makan tengahari diserikan lagi dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah.Program ini berjalan dengan lancar kerana JKKK, Komuniti, ATRA Dun Telemong dan Staff Pi1M yang lain memberi kerjasama yang memuaskan sehingga majlis selesai

18 Disember 2016(Ahad)-Perasmian Pusat Internet 1 Malaysia Celcom gugusan Hulu Terengganu telah diadakan di Pi1M Kampung Chapu.Perasmian ini diadakan secara serentak 4 Pi1M Hulu Terengganu iaitu Pi1M Padang Tara,Pi1M Menerong dan Pi1M Felda Mengkawang. Perasmian ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia dan Ahli Parlimen Hulu Terengganu YB Dato Haji Jailani Johari.Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia &Sukan & Sumber Manusia ADUN Telemong YB Dato Haji Rozi Mamat, Ketua Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Timur, Encik Md Rusli Haji Ahmad dan Pengurus USP Management Celcom Axiata, Encik Zawawi Harun.

Aktiviti senaman aerobik  diadakan pada awal 7.00 pagi yang dihadiri oleh belia dan wanita kampung Chapu. Selain itu, penduduk kampung yang lain mula memasak pada pukul 6.00 pagi.Semangat kerjasama penduduk kampung Chapu amat dihargai.Seterusnya jam 8.00 pagi diteruskan dengan aktiviti mewarna bagi pelajar yang berumur 5 hingga 7 tahun iaitu seramai 20 orang pelajar manakala pendaftaran juga bermula pada jam 8.00 pagi dimana mereka juga mendapat nombor cabutan bertuah dan pendaftaran keahlian percuma pusat internet.Pada hari tersebut pameran daripada agensi juga turut hadir iaitu AADK,KOSPEN,E-Rezeki,Celcom dan juga usahawan-usahwan tempatan yang menjual kraftangan,kerepek,kek dan sebagainya.

Pada jam 9.00 pagi ketibaan YB Dato’Haji Jailani Johari yang diiringi oleh selawat dan perarakan daripada wanita kampung Chapu.Seterusnya mereka dijemput ke khemah VIP bersama jemputan yang lain.Bacaan doa dimulakan oleh iman kampung Chapu Encik Haji Abdul Rahman Ali dan seterusnya ucapan aluan daripada YB Dato’ Haji Rozi bin Mamat selakunya ADUN Telemong. Selepas itu ucapan perasmian disempurnakan Dato’ Haji Jailani Johari dan seterusnya penyampaian hadiah kepada kanak-kanak mewarna dan juga cenderahati kepada VIP . Pada jam 10.00 pagi YB Dato’ Jailani Johari bersama tetamu VIP yang lain diiringi oleh pengurus Pi1M Kampung Chapu Noraini Mamat untuk ke PI1M untuk menyelesaikan gimik perasmian dan sedikit taklimat daripada pengurus Pi1M. Setelah selesai tetamu VIP diiringi oleh JKKK kampung untuk menjamah makan tengahari diserikan lagi dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah.Program ini berjalan dengan lancar kerana kerjasama yang memuaskan antara JKKK, Komuniti, ATRA Dun Telemong dan Staff Pi1M.