Mengenai PI1M

Maklumat PI1M kampung Chapu

 

Pusat Internet 1 Malaysia adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

 

Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

 

Perkhidmatan lain yang disediakan:

ü  Zon Internet tanpa wayar( Wifi Zone)

ü  Kelas Computer / Ict (Percuma Untuk Ahli)

ü  Printing

ü  Scanning

ü  Photostat

ü  Limanate

ü  Pinjaman Netbook 1 Malaysia

 

Maklumat Komuniti Kampung Chapu

 

Kampung Chapu terletak dilaluan Kuala Berang ke Sungai Tong Setiu dengan keluasan lebih kurang 1,095 ekar dan dihuni 90 keluarga. Terletak di dalam daerah Hulu Terengganu, Mukim Hulu Telemong.Jarak dari pekan yang terdekat iaitu Pekan Kuala Berang ialah 23 kilometer dan dari bandaraya Kuala Terengganu 63 Kilometer. Pekerjaan utama penduduknya adalah petani dan menjalankan kerja-kerja kampung. Keseluruhan penduduknya berketurunan melayu dan beragama islam.

 

Asal Usul nama Chapu diambil sempena nama muara sungai iaitu Chapu. Mengikut cerita, di masa dahulu aktiviti perdagangan berjalan dengan pesta di daerah ini melalui Sungai Telemong dikenali Perahu Dagang oleh tiga kumpulan iaitu Sungai Nerus, Sungai Terengganu dan Sungai Telemong. Mereka telah bertemu di satu muara sungai yang tidak bernama dan menamakan muara sungai tersebut dengan nama CHAPOR yang membawa maksud bergaul (bercampur).Mereka bermalam disitu  dan kemudian menamakan tempat itu Kampung Chapor bersempena nama muara sungai tersebut. Sekarang ini nama tersebut telah diubah dengan nama Kampung Chapu.

 

Maklumat PI1M & Komuniti Kampung Chapu


Lokasi

Kampung Chapu

UST Area

 

Daerah

Hulu Terengganu

Negeri

Terengganu Darul Iman

Populasi

418 orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Getah, Kelapa Sawit), Perniagaan Kecil-kecilan.

Jumlah Keahlian

(setakat 14 Februari 2017)

268 orang

Lat/Long PI1M

 Lat : 5.1806818 / Long : 102.8936376

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

11 September 2015

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Noraini Binti Mamat

Email: norainimamat@celcom1cbc.com

No Telefon:013-9949450

 

Penolong Pengurus

Nama: Wan Faridah Binti Wan Zakaria

Email:wanfaridah@celcom1cbc.com

No Telefon:014-5132911

Website

http://www.celcom1cbc.com/kg-chapu

Kampung Tanpa Wayar

1.     Kampung Kuala Ping

2.     Kampung tok Lawit

3.     Kampung Paya rapat

4.     Kampung Pasir Simpul Luar

5.     Terminal

6.     Kampung Chapu