Pelancongan & Rekreasi

Tempat-tempat Menarik

1.     Sactuary gajah


Image may contain: sky, tree, outdoor and nature

Santuari Gajah merupakan tarikan baru di Tasik Kenyir selain Santuari Kelah, air terjun, gunung dan Gua Bewah. Santuari yang berkeluasan 15,000 hektar terletak di Sungai Ketiar, Hulu Terengganu. Jarak perjalanan dari Bandaraya Kuala Terengganu ialah 140 km ( 2 jam), Kuala Berang (86 km), Pengakalan Gawi ( 56 km) dan sempadan negeri Terengganu-Kelantan di Felda Aring ( 11 km). Santuari ini berfungsi untuk menempatkan gajah-gajah liar yang ditangkap di tempat lain dan menjinak gajah untuk membuat persembahan. Gajah ini dilatih untuk membawa orang, memberi hormat dan menerima arahan. Bahasa yang di gunakan untuk berkomunikasi ialah bahasa Mymar untuk perkataan duduk, bahasa Thailand untuk tunduk hormat dan bahasa Melayu untuk makan.

Santuari ini berfungsi untuk menempatkan gajah-gajah liar yang ditangkap di tempat lain dan menjinak gajah untuk membuat persembahan. Gajah ini dilatih untuk membawa orang, memberi hormat dan menerima arahan. Bahasa yang di gunakan untuk berkomunikasi ialah bahasa Mymar untuk perkataan duduk, bahasa Thailand untuk tunduk hormat dan bahasa Melayu untuk makan. Dua ekor gajah yang bernama Seri berumur 3 tahun dan Suria berumur 10 tahun. Seri berasal dari Felda Keratong, Pahang dan Suria berasal dari Kampung Pak Kancil, Setiu. Santuari ini dibuka pada setiap hari dari jam 11 pagi - 1 petang dan 3 petang - 5 petang. Waktu menunggang pada jam 3 petang - 4 petang. Untuk melihat dan menunggang gajah adalah percuma. Berat gajah tersebut antara 1.3 tan - 1.5 tan dan memerlukan makan 100 kg sehari. Makanan untuk pagi ialah roti, tengahari - tebu dan petang - buah-buahan seperti betik dan tembikai. Santuari ini diurus oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN), Daerah Hulu Terengganu

Keterangan Lanjut :

Sactuary gajah - 09-858 5588

ADDRESS

Pengkalan Gawi, Sungai Telemong, Tasik Kenyir, 
Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia.

Pusat Penerangan Pelancong - 09 626 7788/ 666 8498


2. Sactuary Kelah 


Image may contain: plant, outdoor, food and nature

Santuari Kelah Sungai Petang terletak di Sungai Petang, Tasik Kenyir. Jarak perjalanan ke Santuari Kelah ini dari Pengkalan Gawi ialah 21 km dan mengambil masa 40 minit perjalanan dengan menaiki bot laju. Sekiranya anda melalui Jenagor, jarak perjalanan lebih dekat iaitu 16 km sahaja. Pelbagai kemudahan termasuk pusat penyelidikan, pusat pembenihan, galeri dan akuarium ada di Kompleks Santuari Kelah Sungai Petang. Selain menjadi daya tarikan pelancong, Santuari Kelah Sungai Petang juga sesuai dijadikan lokasi untuk kegiatan kaji selidik, pembangunan dan penyelidikan (R&D), malah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan orang ramai dengan mempelajari mengenai spesies Kelah.

Ikan Kelah adalah spesies ikan yang cepat menghilangkan diri apabila terdengar bunyi atau terlihat kelibat manusia atau haiwan di daratan. Sekiranya berpeluang ke Santuari Kelah Sungai Petang ini, pengunjung pasti terpengun melihat beribu-ribu Kelah di sungai yang jernih airnya dan boleh dilihat. Malah ikan-ikan ini tidak berganjak walaupun menyedari kehadiran manusia. Ikan-ikan Kelah ini seolah-olah menanti kehadiran pengunjung menghulurkan makanan iaitu 'Pelet' ikan. Selain memberi Ikan Kelah makan, anda juga berpeluang untuk memegang dan mencium Ikan Kelah. Ikan Kelah memberi tindak balas apabila dipegang. Walaupun hidup secara liar, namun Ikan Kelah ini tetap jinak dengan pengunjung. Ikan Kelah mempunyai harga pasaran yang tinggi hingga RM80 sekilogram dan apabila sudah dimasak Gulai Lemak Tempoyak, harga hidangan boleh mencecah hingga RM300. Disebabkan harga pasaran yang tinggi, kaki pancing sanggup meredah jeram atau sungai di merata tempat termasuk ke beberapa lubuk utamanya di sekitar Tasik Kenyir. Santuari Kelah 

Sungai Petang pasti tidak mengecewakan para pelancong yang mengunjunginya termasuk untuk mandi-manda sambil memberi makan ikan kelah. Berkunjunglah ke Santuari Kelah Sungai Petang ketika melancong di Tasik Kenyir.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Penerangan Pelancongan, 
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir. 
Tel: 09-6267788


3. Tasik Kenyir Water Park

Image may contain: one or more people and outdoor


Sejak 31 Mei 2015, telah bertambah satu lagi aktiviti menarik di Tasik Kenyir yang boleh dilakukan oleh pelancong iaitu beriang ria di Tasik Kenyir Water Park yang telah dibuka secara rasmi di Pulau Poh, Hulu Terengganu. Taman tema air ini yang lebih dikenali dengan Kenyir Water Park (KWP) telah mendapat sambutan hangat dari pengunjung khususnya dari Terengganu. Dan yang uniknya, untuk ke Tasik Kenyir Water Park ini pengunjung perlu menaiki bot selama 10 minit kerana jambatan masih dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2016. Bagi yang bercadang nak dating, pengunjung boleh ke sini melalui jeti di Pengkalan Gawi sebelum menaiki bot ke Tasik Kenyir Water Park di Pulau Poh. Akses ke jeti dengan kereta pun mudah melalui jalan raya. Tasik Kenyir Water Park ini dibina secara berfasa dana apa yang pengunjung lihat sekarang adalah kemudahan permainan air dan kolam untuk fasa pertama. Kenyir Water Park ini tidaklah sebesar Legoland Water Park ataupun Sunway Lagoon, permainan yang ada disini setakat ini rata-rata lebih sesuai untuk kanak-kanak. Disini juga menyediakan kemudahan untuk disewa seperti pondok pada kadar RM 15 dan juga tube/pelampung untuk kanak-kanak. Terdapat juga permainan paddle bot yang kadar harganya hanya RM5.00.

Harga tiket Tasik Kenyir Water Park

·         Dewasa : RM 25 seorang

·         Kanak-kanak : RM 15 seorang

·         Warga Emas : RM 15 seorang

Waktu Operasi Kenyir Water Park :

Taman tema air ini dibuka setiap hari KECUALI hari selasa bermula seawall pukul 10.30 pagi sehinggalah ke pukul 5.30 petang. Untuk musim cuti sekolah dan cuti am, Kenyir Water Park beroperasi setiap hari.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Penerangan Pelancongan, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir. 
Tel: 09-6267788

Text/Whatsapp : 01112933468

Email: kenyirwaterpark@gmail.com

Website: http://kenyirwaterpark.com


4. Lake Kenyir Resort, Taman Negara


Lake Kenyir Resort, Taman Negara terletak di pinggir salah sebuah daripada hutan hujan tropika yang tertua di dunia di Terengganu, Malaysia. Resort ini menawarkan sebuah kolam renang dan beberapa aktiviti luar. Dilengkapi dengan lantai kayu dan hiasan yang berwarna terang, bilik-bilik yang berhawa dingin di sini mempunyai balkoni-balkoni peribadi dengan pemandangan tasik atau taman. Setiap bilik mempunyai ruang tamu dengan sofa dan sebuah TV kabel skrin rata. Lake Kenyir Resort & Spa terletak lebih kurang 50 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Resort ini berjarak 6 jam pemanduan dari Kuala Lumpur dan 8 jam pemanduan dari Pulau Pinang. Tempat letak kenderaan percuma. 

disediakan di tempat. Para tetamu boleh menghabiskan seharian melihat-lihat kawasan hutan di sekitar dan air terjun. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah sebuah gelanggang tenis, pusat perniagaan dan kedai cenderamata. Hidangan Barat dan tempatan disajikan di Tembat Restaurant yang menawarkan pemandangan yang hebat dari teres luarannya. Hidangan ringan dan muzik live setiap malam boleh dinikmati di Jenagor Bar & Lounge.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Lake Kenyir Resort, Taman Negara – Terengganu
Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu
21700 Kuala Berang, Terengganu Darul Iman, Malaysia

Tel: 609 666 8301 / 8302
Fax: 609 666 8343 / 8344
Email: 
resort@lakekenyir.com
           
snm@lakekenyir.com

Website : http://www.lakekenyir.com/


5. AIR TERJUN LASIR, TASIK KENYIR

Image may contain: outdoor, nature and water

Air Terjun Lasir merupakan salah satu daripada 14 air terjun yang dibuka secara komersial kepada pelancong di Tasik Kenyir. Untuk ke air terjun ini anda boleh memandu ke Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir yang terletak kira-kira 60 KM dari bandar Kuala Terengganu. Banyak bot-bot yang boleh disewa dengan kadar tertentu. Jarak antara pengkalan gawi dan air terjun lasir kira-kira 16km. air terjun ini mencapai ketinggian kira-kira 500 meter dan merupakan salah satu destinasi perkelahan yang popular di Tasik Kenyir. Pelbagai kemudahan seperti jeti, tandas, tapak perkhemahan, jambatan gantung dan laluan pejalan kaki di sediakan disini.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Pusat Penerangan Pelancongan
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir

Tel   : 09 - 666 8498
Fax : 09 - 666 8979


6. GUA BEWAH, TASIK KENYIR

Image may contain: outdoor

Gua Bewah terletak di salah satu gugusan pulau-pulau di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Gua ini sudah lama di terokai untuk kajian arkeologi dan masih berterusan sehingga sekarang. Dahulunya gua ini menjadi salah satu tempat “kilang tahi kelawar” di mana masih lagi dapat kita lihat jika masuk kedalam gua ini binaan yang dibuat bagi mengeluarkan najis kelawar dari gua yang mana kebiasanya digunakan sebagai baja.

Untuk kemudahan para pelancong pihak berwajib telah membina tangga dari luar hingga ke hujung gua dan juga turut dilengkapi dengan lampu solar yang akan menyala automatik jika anda masuk ke gua ini. Dikiri dan kanan tangga anda dapat perhatikan struktur batuan yang berbeza-beza menghiasi gua ini. Jika bernasib baik anda akan bertemu dengan sepsis ular yang berwarna putih dicelah-celah batu yang menjadi salah satu penghuni tetap gua disamping kelawar.

Turut disediakan juga di pintu masuk gua adalah mini muzium yang menempatkan gambar-gambar proses mencarigali baha-bahan sejarah oleh ahli-ahli arkeologi terdahulu serta penemuan-penemuan yang didapati dari gua ini. Dikatakan juga gua ini turut menjadi salah satu tempat persembunyian pahlawan melayu iaitu Mat Kilau.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Pusat Penerangan Pelancongan
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir

Tel : 09-6668498
Fax : 09-6668979

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.