Berita & Aktiviti Terkini

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN - ZAKARIA BIN CHIK -

14 December 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Zakaria bin Chik, berusia 64 tahun merupakan seorang peniaga yang menjual barangan basah bergerak selama lebih kurang 22 tahun. Zakaria yang menaiki van akan mula bergerak dari rumah bermula jam 8 pagi dan pergi ke rumah-rumah komuniti setempat untuk menjual barangan basah seperti ayam, ikan, daging dan barangan runcit lain.Beliau menyatakan, komuniti setempat lebih gemar membeli dengan beliau kerana tidak perlu bersusah payah untuk keluar ke pasar atau pekan terdekat untuk membeli barangan basah terutamanya. Beliau juga mempunyai perniagaan lain iaitu menjual burung dan juga makanan. Pengalaman beliau dalam bidang ini... read more

OPEN DAY PI1M KG CHEPOH

14 December 2017 | Berita Terkini

Pada 14 Disember 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Chepoh telah mengadakan Open Day atau Hari Terbuka buat kali pertama sejak beroperasi pada Mei 2017 yang lalu. Open Day merupakan aktiviti atau acara tahunan yang perlu diadakan bagi setiap Pusat Internet 1 Malaysia. Persiapan awal juga telah dilakukan oleh kakitangan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Chepoh dengan mengedarkan ‘flyers’ dan juga menggantungkan ‘banner’ dengan tujuan menarik lebih ramai komuniti setempat untuk hadir ke Open Day tersebut. Open Day yang bermula pada jam 10 pagi, telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada... read more

CUCUMBER N KDB DAY @ PASAR BESAR KUALA BERANG

25 November 2017 | Berita Terkini

Pada 22 November 2017, satu program yang dinamakan Program Hulu Terengganu Cucumber Day 2017 anjuran Pejabat Daerah Hulu Terengganu telah diadakan di Pasar Besar Kuala Berang. Pusat Internet 1 Malaysia Kg Chepoh yang termasuk dalam Kluster Hulu Terengganu juga telah dijemput untuk menyertai program tersebut. Antara jabatan-jabatan yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah Pejabat Pertanian Daerah, Pertubuhan Peladang, AGRO Bank, FAMA dan East Vege Sdn. Bhd. Selain itu, mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) turut dijemput bagi memeriahkan program. Sesi pendaftaran bermula pada jam 8 pagi setelah semua peserta tiba di perkarangan... read more

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN - TENGKU MOHAMAD YUSOF -

11 November 2017 | Profil Usahawan Tempatan

               Tengku Mohamad Yusof Bin Tengku Abd Rahman, berusia 24 tahun merupakan seorang penuntut tahun akhir di Universiti Sultan Zainal Abidin dalam jurusan ISM Al-Quran dan Al-Sunnah mengambil initiatif untuk menjalankan perkhidmatan ‘format laptop’ bagi menambah duit poketnya. Menurut Yusof yang berasal dari Kampung Chepoh, perkhidmatan ini telah bermula semenjak beliau menuntut di Institut Al-Quran Terengganu atau lebih dikenali IQT. Pada ketika itu, beliau hanya mengenakan cas atau upah RM10 sahaja bagi sebuah laptop. Beliau tidak mengabaikan pelajarannya kerana telah membahagikan masa sebaiknya. Setelah tamat pengajiannya di... read more

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN - SITI NUR ATHIRAH ZAWAWI-

29 October 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Siti Nur Athirah Binti Zawawi, seorang usahawan muda yang baru berusia 20 tahun merupakan pemilik kedai runcit SNAZ Venture yang beroperasi di Kampung Chepoh. Siti Nur Athirah menamatkan pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia di SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu. SNAZ Venture beroperasi pada setiap hari bermula pada jam 9 pagi hingga ke 12 tengah malam. SNAZ Venture yang ditubuhkan pada 27 Mei 2017 hanya bermula dengan modal sebanyak RM10 000. Modal tersebut merupakan hasil simpanan Siti Nur Athirah dan juga sumbangan ahli keluarga. Memandangkan SNAZ Venture masih diperingkat awal penubuhan, Siti Nur... read more

MEET N GREET WITH JKR @ PI1M KG CHEPOH

12 October 2017 | Berita Terkini

Pada 12/10/2017, satu mesyuarat bersama Jabatan Kerja Raya Kuala Terengganu dengan kerjasama J3K Kg Chepoh telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Chepoh.  Agenda pada mesyuarat tersebut ialah membincangkan pembangunan masjid baru yang masih dalam pembinaan dan terletak bersebelahan dengan PI1M Kg Chepoh. Terdapat lebih kurang 20 orang ahli mesyuarat yang terdiri daripada pegawai dari Jabatan Kerja Raya dan selebihnya adalah kontraktor yang membangunkan masjid tersebut. Mereka melakukan lawatan di sekitar masjid dan kemudian bermesyuarat di PI1M Kg Chepoh. Mesyuarat bermula pada jam sekitar 10 pagi. Sedikit jamuan ringan juga dihidangkan kepada... read more

BEAUTY WITH EYES

04 October 2017 | Berita Terkini

Pada 4/10/2017, satu program yang dinamakan ‘Beauty With Eyes’ telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Chepoh dengan kerjasama Peco Optic yang berpusat di Kemaman, Terengganu. Pihak Peco Optic telah menghubungi PI1M Kg Chepoh dua minggu sebelum tarikh program bagi memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar. Pihak Peco Optic telah tiba di PI1M Kg Chepoh pada jam 10 pagi dan mula menyusun pelbagai jenis cermin mata dan peralatan lain. Antara aktiviti yang dirancang pada program ini ialah pemeriksaan mata secara percuma, khidmat nasihat mengenai penjagaan mata, dan juga rujukan pakar... read more

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN - CHE ROSMINI BT AWANG @ EMBONG -

25 September 2017 | Profil Usahawan Tempatan

                                        Che Rosmini Bt Awang @ Embong berusia 45 tahun dan sudah berkahwin merupakan seorang tukang jahit yang terkenal di Kampung Chepoh. Beliau yang memilih rumahnya yang beralamat di No 136 Kg Chepoh, Kuala Terengganu sebagai premis perniagaan atau tempat menjahit untuk menjimatkan kos dan memudahkan beliau menguruskan hal rumah tangga. Beliau yang hanya menamatkan pelajaran hingga Sijil Pelajaran Malaysia mampu menjana pendapatan bulanan sendiri yang agak lumayan dengan mengambil upah menjahit.... read more

GOTONG-ROYONG BERSAMA KOMUNITI DAN AHLI PI1M

23 September 2017 | Berita Terkini

Pada 23/9/2017, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Chepoh telah menganjurkan satu program gotong-royong yang melibatkan komuniti setempat dan ahli berdaftar. Program yang sepatutnya bermula pada jam 9 pagi bermula agak lewat kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Program ini bertujuan membersihkan kawasan sekitar PI1M agar kelihatan lebih ceria. Selain itu, tujuan utama gotong-royong ini diadakan juga untuk melindungi kawasan PI1M dari binatang berbahaya seperti ular. Antara aktiviti gotong-royong yang diadakan ialah seperti mengutip sampah atau plastik makanan, mencabut rumput dan membersihkan longkang. Peralatan membersih seperti plastik sampah, penyapu, penyodok longkang juga... read more

KUIZ HARI MALAYSIA - KAHOOT!

15 September 2017 | Berita Terkini

Pada 15/9/2017, bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang bertarikh 16 September 2017, pihak Pusat Internet 1 Malaysia Kg Chepoh telah mengadakan Kuiz Hari Malaysia. Aktiviti ini diadakan pada jam 9 pagi. Dengan kemudahan sedia ada, pihak PI1M Kg Chepoh mengadakan kuiz secara online iaitu dengan menggunakan aplikasi Kahoot! Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta yang rata-rata terdiri daripada ahli berdaftar PI1M Kg Chepoh. Peserta diminta memasukkan nombor PIN yang telah diberikan dan memasukkan ‘username’ mereka dan menjawab 27 soalan yang telah disediakan oleh pihak PI1M. Setelah selesai menjawab kesemua soalan,... read more

lagi berita & aktiviti