Berita & Aktiviti Terkini

Pertandingan Membuat Jadual Waktu Kelas

20 January 2018 | Berita Terkini

      Pada 13 Januari 2018 telah diadakan pertandingan membuat jadual waktu kelas menggunakan Microsoft Office Word. Program tersebut diadakan di PI1M Kg Desa Permai pada sebelah petang, bermula jam 4 petang sehingga 5 petang. Peserta seramai 15 orang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja berusia 10 tahun hingga 15 tahun, lelaki dan perempuan.    Objektif diadakan pertandingan ini adalah bagi mengasah kreativiti disamping mengaplikasikan apa yang dipelajari daripada kelas sebelumnya. Dengan berpandukan jadual waktu kelas masing-masing, mereka dibimbing oleh pengurus untuk membuat semula jadual waktu yang mereka buat sendiri menggunakan Microsoft Office Word.... read more

Onexox Mini Centre Sungai Besar

22 December 2017 | Profil Usahawan Tempatan

    Mohamad Yusuf Bin Salihin berumur 41 tahun, anak jati Kg Parit 7 1/2 Timur Sungai Besar. Menjadi ahli Pi1M Kg Desa Permai pada bulan 7 yang lalu. Telibat secara langsung dengan telco terbaru Onexox sejak 3 tahun lalu. Pada peringkat awal pengenalan telco ini hanya sebagai pengguna biasa. Penjimatan 50% dari telco asal, turut berkongsi kebaikan kepada keluarga dan rakan. semakin ramai yang menggunakan telco onexox ini, beliau terus menjadi seorang pengedar sah Onexox selepas mengetahui kelebihan telco Onexox ini.   Beliau sebelum ini bekerja di luar dan baru berpindah balik ke kampung... read more

Seminar Bijak Urus Kewangan

17 December 2017 | Berita Terkini

     Pada 15 Disember 2017 telah diadakan Seminar Bijak Urus Kewangan di  Pusat Internnet 1 Malaysia Kg. Desa Permai, Parit 8 Sungai Panjang. Seminar Bijak Urus Kewangan anjuran PI1M Kg. Desa Permai bersama WE 21 Networks berlangsung pada pukul 2.30 petang sehingga 5.30 petang disampaikan oleh Puan Hjh. Norlaili Binti Tajul Ariff, dari WE 21 Netwoks merupakan seorang yang berpengalan dalam bidang hartanah. Beliau juga merupakan Pakar Beli Rumah Lelong dan Perunding Kewangan Peribadi. Berasal dari Kampung Parit 4 Sungai Besar Selangor. Pada usia 37 tahun, beliau telah berjaya membeli berpuluh... read more

Program Cuti Sekolah - IKRAM JUNIOR

05 December 2017 | Berita Terkini

        Pada 1 Disember 2017, Jumaat yang lalu telah diadakan program cuti sekolah di perkarangan Masjid As-Syukriah Kg Desa Permai, Parit 8 Sungai Panjang. Program diadakan 1 hari, dua sesi bermula jam 8 pagi hingga jam 12 tengan hari dan bersambung sebelah petang pada jam 2.30 hinnga 4 petang. Peserta kanak-kanak terdiri daripada anak tempatan yang menetap di Kg Desa Permai dan sekitarnya. Kehadiran seramai 20 orang kanak-kanak dan 8 orang urusetia IKRAM dan Ahli jawatankuasa  Pusat Internet 1 Malaysia Kg Desa Permai.          Objektif program adalah bagi menerapkan nilai-nilai... read more

Homemade Pizza dengan Sos Istimewa

18 November 2017 | Berita Terkini

              Pada 17 November 2017, telah diadakan program Khidmat Masyarakat Homemade Pizza dengan Sos Istimewa anjuran bersama PI1M Kg. Desa Permai bersama badan NGO IKRAM Daerah Sabak Bernam. Program separuh hari bermula jam 2.30 petang dan berkhir jam 6 petang di perkarangan Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Desa Permai, Parit 8 Sungai Panjang,Selangor. Kehadiran perserta amat menggalakkan iaitu seramai 50 orang peserta terdiri daripada penduduk Kg. Desa Permai dan sekitarnya serta pelajar Akedemi Syahadah Tahfiz Al-Faizin, Kuala Selangor. Program separuh hari ini dijalankan bertujuan untuk membantu wanita tempatan yang berminat menceburi bidang masakan... read more

Program Advokasi Jalinan Kasih di SK Sungai Limau

15 November 2017 | Berita Terkini

        Pada 9 November 2017 yang lalu telah diadakan Program Advokasi Klick Dengan Bijak dan Jalinan Kasih di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau anjuran bersama Pusat Internet 1 Malaysia Kluster Daerah Sabak Bernam dan pihak sekolah SK Sungai Limau. Objektif program tersebut dianjurkan adalah bagi memberi kesedaran kepada pelajar dan guru tentang penggunaan Internet dengan bijak disamping mempromosikan Pusat Internet yang terdapat di Daerah Sabak Bernam. Program tersebut dihadiri seramai lebih kurang 300 pelajar dan guru sekolah.        Program dimulakan dengan taklimat pengenalan PI1M, tanggungjawab dan peranan serta bilangan PI1M yang terdapat di... read more

Enad Valley Printing

14 November 2017 | Profil Usahawan Tempatan

   Nurul Nadiah Binti Yunus berumur 31 tahun. Berasal dari Sungai Besar menjadi ahli PI1M Kg Desa Permai sejak beberapa bulan yang lalu. Pelajar lepasan Uitm Shah Alam dalam bidang teknologi percetakan. Memulakan karier sebagai usahawan bumiputera pada usia 26 tahun selepas suami dapat berkhidmat di Majlis Daerah Sabak Bernam. Dengan kemahiran dan pengalaman yang ada beliau membuka premis dengan nama Enad Valley Printing di Sungai Besar Business centre.Pelbagai Perkhidmatan yang disediakan contohnya Kad Kahwin, Mencetak Baju, Poster, Flyers, Kad Business, Banner , Bunting , Sticker Product dan pelbagai lagi.       Berkat sokongan keluarga perniagaan beliau... read more

Bengkel Kecantikan Sempena Hari Deepavali

31 October 2017 | Berita Terkini

Pada 18 Oktober 2017, Rabu, yang lalu Pusat Internet 1Malaysia Kg Desa Permai telah mengadakan Bengkel Kecantikan bersempena cuti Hari Deepavali. Program ini mensasarkan bagi kaum-kaum ibu atau wanita. Program yang berlangsung sebelah pagi waktu urusan Pusat Internet 1Malaysia. Bagi peserta yang bekerja, cuti umum dimanfaatkan untuk menyertai program di Pusat Internet. Sebelum bermula, para peserta di beri jamuan pagi seterusnya penerangan tentang program yang akan dijalankan.     Program yang berjalan secara santai, dimulakan dengan pengenalan tentang Pusat Internet 1Malaysia Kg Desa Permai yang wujud di kampung ini. Seterusnya bengkel kecantikan bermula, yang... read more

Pertandingan Menaip Terpantas

29 October 2017 | Berita Terkini

Pada 21 Oktober 2017, Ahad, yang lepas, Pusat Internet 1Malaysia Kg Desa Permai telah mengadakan satu pertandingan menaip terpantas. Pertandingan ini telah disertai oleh 11 orang pelajar sekolah Kg Desa Permai. Para peserta telah berkumpul di sini sejak dari pukul 9.00 lagi kerana tidak sabar menunggu pertandingan ini dimulakan. Pertandingan bermula sekitar jam 10.30 pagi selepas mendengar taklimat dan penerangan mengenai perjalanan pertandingan.   Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk menguji kemahiran dan kepantasan para peserta di dalam menaip perkataan menggunakan komputer dan dapat memperbaiki kemahiran menaip individu tersebut. Ayat yang... read more

BURGER STOP WESTERN & GRILL

11 October 2017 | Profil Usahawan Tempatan

BURGER STOP WESTERN & GRILL     Burger STOP Western & Grill ditubuhkan pada Ogos 2016. Lokasi operasi Burger Stop di Parit 7 ½ Timur, Jalan Sungai Panjang hanya lebih kurang 500 meter dari Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Desa Permai. Dimiliki oleh seorang wanita muda tempatan iaitu Puan Nor Alinda Binti Ahmad Kamil. Bermula dengan berniaga burger secara kecil-kecilan, beliau menamakan perniagaannya sebagai Burger Stop. Kini Burger Stop terus berkembang dengan penambahan menu dan pengunjung juga semakin bertambah. Walaupun masih kurang pengalaman, beliau memberanikan diri mencuba dan mempelajari serta mencari maklumat daripada internet.... read more

lagi berita & aktiviti