Celik IT Q2 2022: MUHAMMAD FARISH ADAM BIN ABDULLAH Nama :Muhammad Farish Adam Bin Abdullah Umur:

22 June 2022 | Berita Terkini

Nama :Muhammad Farish Adam Bin Abdullah

Umur: 12 Tahun

Pekerjaan: Pelajar Sekolah Rendah

Jantina : Lelaki

 

Muhammad Farish Adam Bin Abdullah  atau dikenali sebagai Adam merupakan salah seorang ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia  Felda Mengkawang (PEDi). Beliau berumur 12 tahun dan merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Felda Mengkawang. Beliau juga antara ahli yang baru mendaftar keahlian iaitu pada tahun 2017. Pada awalnya, beliau tidak pernah menggunakan komputer dan tiada langsung ilmu pengetahuan tentang ICT. Beliau mula menunjukkan minat untuk mengetahui tentang ICT setelah memasuki kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia  Felda Mengkawang (PEDi). Oleh hal yang demikian, beliau banyak menyertai kelas yang dianjurkan oleh Pengurusan PEDi. Antaranya adalah kelas Microsoft Office,E-Learning, PhotoScape, Facebook, Editing, Paint, Youtube dan sebagainya.

 

Selain menghadiri kelas ICT, beliau juga sentiasa memberi komitmen sekiranya pihak pengurusan PEDi membuat program. Beliau juga telah memiliki akaun Facebook sendiri. Penerimaan beliau dalam pembelajaran ICT amat memberangsangkan. Pembelajaran E-Learning seperti Kahoot, ABCY.COM, FunBrain.Com dan sebagainya banyak menarik minat beliau mengenai pembelajaran melalui media sosial. Beliau sentiasa bertanya sekiranya kurang faham terhadap sesuatu perkara dan tidak pernah putus asa untuk mencapai sesuatu yang diinginkan. Pihak pengurusan sentiasa membuka peluang kepada semua komuniti yang terdiri daripada pelbagai golongan untuk belajar perkara yang berkaitan ICT. PEDi berharap dengan adanya kemudahan yang sedia ada ini dapat membantu generasi muda mempelajari tentang teknologi dan mendorong mereka untuk lebih berjaya pada masa akan datang.