Program Klik Dengan Bijak

15 June 2022 | Berita Terkini

15 Jun 2022, Rabu – Program Klik Dengan Bijak (KDB) telah diadakan secara siaran langsung di Page Facebook PEDi Kampung Felda Mengkawang yang melibatkan semua komuniti daripada warga Felda Mengkawang dan sekitar. Program ini diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Jumlah peserta diambil secara rawak iaitu merangkumi keseluruhan penonton setia yang menonton siaran langsung, komuniti yang menjawab kuiz serta komuniti berada di PEDi. Program ini dilaksanakan adalah untuk menanamkan ilmu KDB, menerapkan pemahaman yang positif dalam diri dan kewibawaan terbaik dalam melaksanakan arus penggunaan media sosial yang amat jitu kini kerana kuasa viral iaitu perkongsian dimana sekiranya berita tersebut tidak benar maka akan mempengaruhi kehidupan pihak tersebut. Pelbagai kesan positif yang diperolehi namun kesan negatif membawa kepada keburukan yang dasyat.

KDB merupakan satu Program Klik Dengan Bijak iaitu menfokuskan pengguna media sosial. Kesan positif dalam pelaksanaan menggunakan cara yang betul adalah meningkatkan pengetahuan dengan lebih mendalam terutamanya ilmu baharu dimana kita mampu mencarinya dalam saluran yang betul seperti Youtube, Facebook dan sebagainya. Selain itu, kita juga mampu meningkatkan pemahaman baharu dalam kehidupan iaitu pemahaman sosialiti kehidupan terutamanya dalam media sosial yang digunakan semua peringkat umur iaitu Applikasi Tik Tok. Namun, pelbagai keburukan juga dapat diperoleh kerana penyebaran berita palsu yang berleluasa kini.

Dengan itu, adanya program seperti ini adalah untuk sentiasa membawa manusia sejagat ke jalan yang lurus, iaitu sentiasa mencari kesahihan dahulu sebelum melakukan apa-apa perkongsian terutamanya perkara yang mengaibkan, malah keburukan yang tidak perlu dikongsi seperti perangai keluarga sendiri. Perkara haram tetap haram jangan menghalalkannya. Maka semuanya perlu kembali kepada fitrah manusia serta pegangan agama.Semoga program ini diharapkan dapat membuka minda komuniti lain agar sentiasa berwaspada, memikirkan kesan jangka panjang kepada diri, keluarga dan masyarakat dalam melaksanakan perihal yang tidak perlu. Diharapkan program seperti ini akan dapat memberi manfaat kepada komuniti Felda Mengkawang serta dapat mengeratkan hubungan diantara Kakitangan PEDi dan Komuniti. Sekian Terima Kasih.

Link :                                                                                             

  1. https://quizizz.com/join?gc=448515&source=liveDashboard&fbclid=IwAR2Vw54jQo-Y6YdVdrwo9KMhfJd_uKAFxxJK0wMqGx5iL-HmiFvaFEYlOpQ
  2. https://www.facebook.com/Pi1mFeldaMengkawang/videos/775309133827302