USAHAWAN 6 : NOOR HAYATI BINTI (PRODUK KESIHATAN & KECANTIKKAN )

09 September 2016 | Profil Usahawan Tempatan


Puan Noor Hayati Binti Hashim  merupakan seorang ibu dan suri rumah tangga. Beliau turut membantu suaminya yang bekerja sebagai pengait buah sawit di Felda Mengkawang dengan menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Beliau mula menceburi bidang ini sekitar 2 tahun yang lepas dengan berniaga produk kesihatan secara kecil-kecilan di rumah sahaja. Antara produk kesihatan yang dijual adalah Hai-O dan Marine Enssence.Perniagaan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pendapatan keluarga beliau.

Sekitar tahun lepas,beliau mula berniaga secara online dengan menggunakan facebook dan we chat. Beliau juga berniaga secara "offline'' kepada penduduk sekitar Felda Mengkawang . Produk yang beliau jual mendapat sambutan yang hangat kerana berniaga secara "online" dan "offline" dengan menggunakan platform facebook dan we chat. Beliau yakin bahawa dengan cara ini beliau dapat melebarkan sayap perniagaannya secara meluas melalui media sosial.

Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki produk kesihatan yang dijual oleh Puan Hayati boleh hubungi atau whatsapp beliau 011-15161091 (Pn. Hayati ). Atau boleh melayari FB Page beliau iaitu https://www.facebook.com/profile.php?id=100011850639957&fref=ts