Program Senamrobik bersama Jabatan Kesihatan

26 August 2016 |

25 Ogos 2016 (Khamis) – satu program telah diadakan di Felda Mengkawang iaitu Senamrobik bersama penduduk kampung anjuran KOSPEN. Program ini dihadiri oleh ramai peserta yang terdiri daripada semua peringkat umur. Program sihat ini telah mendapat sambutan daripada penduduk Felda Mengkawang.

Selain senamrobik yang menjadi program utama, peserta yang terlibat juga digalakkam membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh pegawai kesihatan. Selain itu, anak-anak Felda iaitu belia Felda Mengkawang mengetuai senamrobik pada hari tersebut. Program ini telah memberi banyak manfaat kepada semua kerana menghubungkan golongan tua dan muda. Pada masa yang sama, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga Felda.

Pihak PI1M dan penduduk kampung Felda Mengkawang berharap program ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

Sekian Terima Kasih