Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran bersama MBFM Felda Mengkawang

18 September 2016 | Berita Terkini

18 September 2016 (Sabtu) – Pada 17 September 2016, telah berlangsungnya program ‘Kursus Pengurusan Jenazah’ untuk golongan belia khususnya belia Felda Mengkawang. Program ini dibuka kepada semua belia Felda Mengkawang dan kampung disekitarnya seperti Kg Peneh dan Kg Lubuk Periuk. Untuk makluman tambahan program ini telah menjemput ustaz dan ustazah yang mempunyai banyak pengalaman dalam pengurusan jenazah.

AJK belia Felda Mengkawang memainkan peranan penting dalam memastikan program ini berjalan seperti yang dirancang. Program ini mendapat sokongan daripada pihak Felda dan JKKK kampung Felda Mengkawang. Terdapat 44 orang peserta yang hadir dalam Kursus ini yang terdiri daripada 24 peserta perempuan dan 20 peserta lelaki. Pengurus Felda dan Pengerusi JKKK juga turut hadir bagi memberi sokongan kepada program ini. Perasmian penutupan disempurnakan oleh YB Ghazali Bin Taib iaitu ADUN Ajil.

Pengenalan Kursus Pengurusan Jenazah

Praktikal Pengurusan Jenazah

Penyerahan Sijil Peserta Kepada Wakil Belia dan Beliawanis

Perasmian oleh ADUN Ajil YB Ghazali Bin Taib

Program ini telah memberi manfaat kepada belia Felda Mengkawang. Semoga ilmu yang diterima dapat digunakan pada masa akan datang dan mampu menjadi pelapis dalam pengurusan jenazah. 

Sekian terima kasih