Program Mengacau Bubur Asyura

14 October 2016 | Berita Terkini

14 Oktober 2016 (Jumaat) – Pada 13 Oktober 2016, telah berlangsungnya program ‘Mengacau Bubur Asyura’ yang telah dianjurkan oleh JKKK 1 dan 2 Felda Mengkawang bersama PI1M Felda Mengkawang. Program ini telah diadakan di Perkarangan Bangunan Anugerah Felda Mengkawang. Gotong royong mengacau bubur asyura ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Ia juga mengambil masa yang lama kerana dibuat dalam kuantiti yang banyak iaitu  4 kawah. Setelah selesai mengacau bubur asyura, ia dibahagikan kepada seluruh warga Felda Mengkawang. Pihak JKKK mengambil peranan membahagikan bubur tersebut kepada penduduk kampung.

Program ini telah memberi manfaat kepada seluruh warga Felda Mengkawang. Semoga dengan adanya majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhwah antara kakitangan Pi1M,JKKK  serta masyarakat setempat. Diharapkan program yang berjalan dengan lancar ini mendapat keredhaan Allah S.W.T.Sekian terima kasih