Hari Sukan Negara

09 October 2016 | Berita Terkini

9 OKTOBER 2016 (Ahad) – Pada 8 Oktober 2016 (Sabtu) bertempat di perkarangan Bangunan Anugerah telah diadakan sambutan Hari Sukan Negara bersama JKKK dan Komuniti kampong Felda Mengkawang. Program ini bermula pada seawal 7.30 pagi untuk sesi pendaftaran peserta. Aktititi pertama yang dilakukan adalah senaman ringan yang diketuai oleh pasukan belia Felda Mengkawang. Setiap peserta yang berdaftar akan mendapat tuala dan roti berserta air mineral. Aktiviti berjalan kaki “10000 langkah” bermula jam 8.15 pagi. Peserta akan mengelilingi kampong Felda Mengkawang. Pada jam 9.30 pagi semua peserta telah berjaya mengelilingi satu kampung. Setelah itu, peserta memulakan aktiviti Zumba yang diketuai oleh pasukan Zumba Felda Mengkawang.

Terdapat 150 peserta yang menyertai program ini termasuklah golongan tua, belia dan kanak-kanak. Semua komuniti terlibat dan mereka bersemangat melakukan aktiviti tersebut. Semua kelihatan seronok walaupun dalam kepenatan. Program seperti ini telah banyak memberi manfaat terutamanya dari segi kesihatan. Diharapkan program ini akan dapat diteruskan pada bila-bila.