Kelas Asas Mekap Bersama Mary Kay

21 November 2016 | Berita Terkini

19 November 2016 (Sabtu) – Pada 18 November 2016, telah berlangsungnya program Asas Mekap bersama Mary Kay yang telah dianjurkan  PI1M Felda Mengkawang. Program ini telah diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Mengkawang. Kelas asas mekap ini telah bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. seramai 11 peserta yang hadir terdiri daripada golongan belia dan dewasa. Program ini telah memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara asas dan teknik mekap yang betul. Faedah yang diperolehi daripada program ini peserta dapat mengaplikasi semua ilmu yang telah dikongsi oleh perunding kecantikan. Peserta juga diberikan kebebasan untuk membuat solekan secara sendiri dengan barang-barang mekap yang telah disediakan oleh perunding tersebut.

Program ini telah memberi manfaat kepada seluruh warga Felda Mengkawang. Terdapat permintaan daripada orang ramai yang tidak dapat menyertai program ini supaya pihak PI1M akan menganjurkan program ini pada masa akan datang . Diharapkan program yang berjalan dengan lancar ini mendapat keredhaan Allah S.W.T. Sekian terima kasih.