Program PI1M Bersama Tadika Felda Mengkawang

22 November 2016 | Berita Terkini

22 November 2016 - Pada 21 November 2016, telah berlangsungnya program Pi1M bersama Tadika Felda Mengkawang yang telah dianjurkan oleh PI1M Felda Mengkawang. Program ini telah diadakan di Tadika Felda Mengkawang kerana faktor keselamatan ekoran daripada kekurangan tenaga pengajar. Program ini bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari. Antara program yang dijalankan adalah mewarna yang disertai oleh murid-murid 4,5 dan 6 tahun. Seramai 34 orang peserta yang menyertai program ini. Kerjasama daripada pihak tadika amat baik bagi memastikan program berjalan dengan lancar. 

Penyampaian hadiah dibahagikan mengikut kategori umur dari tempat pertama hingga ketiga. Peserta lain diberikan cenderahati bagi memberi penghargaan kepada peserta. Disamping itu ia juga memberi manfaat kepada peserta. Program ini mendapat sambutan daripada pihak Tadika Felda Mengkawang dan berharap agar program seperti ini akan dapat dilaksanakan pada masa akan datang. Diharapkan program yang berjalan dengan lancar ini mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Sekian terima kasih.