Usahawan 7 : Nazurah Binti Aliasak (Pengusaha Western Food)

22 November 2016 | Kisah Kejayaan

Puan Nazurah Aliasak merupakan anak peneroka Felda Mengkawang dan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau berumur 26 tahun dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Suami beliau bekerja sebagai kontraktor kecil-kecilan. Perniagaan adalah salah satu sumber pendapatan sampingan keluarga beliau. Beliau telah memulakan perniagaan ini ada pertengahan tahun 2016. Beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan dirumah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung.

Antara Western Food yang dijual adalah seperti swiss roll cheese, chicken chop, chicken twister cheese, roti kebab chicken dan roti sosej telur cheese serta set wester food. Untuk mendapatkan sambutan yang lebih menggalakkan beliau menawarkan penghantaran percuma dari rumah ke rumah mengikut kehendak pelanggan. Caj akan dikenakan untuk penghantaraan diluar kawasan Felda Mengkawang. Ini meupakan salah satu strategi beliau untuk menambat hati pelanggan. Selain itu, beliau juga meletakkan makanan di kedai-kedai makan di sekitar Felda Mengkawang

Kepada yang berminat atau ingin membuat pesanan boleh hubungi terus atau whatsapp ke 0133527569 - Puan Nazurah atau tinggalkan pesanan di Facebook beliau iaitu https://www.facebook.com/naazurahsweetmama