Usahawan 8 : Basyariah Akmal Binti Mohd Suri (Wedding Planner)

22 November 2016 | Kisah Kejayaan

Basyariah Akmal merupakan seorang anak peneroka Felda Mengkawang. Beliau berkelulusan ijazah dalam perniagaan. Dengan ilmu yang ada beliau bijak merebut peluang untuk membuka perniagaan dalam usia yang muda. Beliau mula menceburi bidang ini pada 1.1.2013 - 3.4.2014 Butik Hanisah Pengantinku sebagai pelajar praktikal. Beliau boleh dikatakan sebagai seorang individu yang berani dan sangat berkeyakinan bidang yang beliau ceburi. Setelah menimba banyak pengalaman dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perunding perkahwinan beliau mula membuka perniagaannya sendiri yang dibantu oleh ahli keluarga beliau sendiri. Beliau juga aktif dalam perniagaan secara online di halaman Facebooknya sendiri.

Basyasuri & Zawiahsuri Weddingplanner merupakan medium untuk beliau memperkenalkan pakej perkahwinan yang disediakan. Beliau juga berkongsi perniagaan bersama adiknya yang juga seorang jurusolek pengantin. Selain daripada perkahwinan beliau juga mampu mengatur program dan sambutan hari jadi mengikut kehendak pelanggan. Usia yang muda tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berjaya dan menghadapi persaingan pada masa akan datang.

Sesiapa yang memerlukan khidmat beliau boleh hubungi atau whatsapp 0139014089 - Basya dan melayari facebook beliau https://www.facebook.com/basyasurizawiahsuriweddingplanner/?fref=ts