Mengenai PI1M

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysai (SKMM). Projek ini telah dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad di bawah dengan kerjasama NuSuara Technologies Sdn Bhd. Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi focus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

PI1M Kampung Felda Mengkawang telah mula beroperasi pada 9hb September 2015 setelah mendapat kelulusan daripada pihak SKMM. PI1M ini menyediakan Pi1M Dilengkapi oleh:

  1.  20 buah komputer berinternet untuk kegunaan pengguna.
  2. Ruang Bilik Untuk Kelas dan Latihan.
  3. Bilik Penggunaan Internet yang selesa yang dilengkapi Hawa-Dingin (Air-Cond).
  4. Ruang rehat yang selesa dan dilengkapi dengan sebuah televisyen.
  5. Kemudahan mesin mencetak, mesin laminasi, projektor dan pelbagai servis dokumentasi sampingan disediakan.

PI1M juga menawarkan peluang latihan ICT kepada semua peringkat umur yang dikendalikan oleh dua orang penyelia yang telah dilantik.

Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ini adalah

1.       Menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad.

2.       Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

3.       Merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat & komuniti setempat.

 

BAYARAN / CAS PERKHIDMATAN

1.       Yuran keahlian : RM 5.00

2.       Penggunaan computer

-  Ahli – Dewasa / Pelajar : RM 1.00 / Jam

-  Pelajar – Dewasa / Pelajar : RM 2.00 / Jam

3.       Pencetak dan Fotokopi (hitam/putih) : RM 0.20 setiap mukasurat

4.       Pencetak dan Fotokopi (warna) : RM1.00 setiap mukasurat

5.       Pengimbas : RM0.20 setiap mukasurat.

WAKTU OPERASI

Hari : Setiap Hari Kecuali Cuti Umum

Waktu : 9.00 pagi hingga 6.00 petang

Rehat : 1.00 petang hingga 2.00 petang


MAKLUMAT KOMUNITI 

Kampung FELDA MENGKAWANG pada awalnya hutan belantara yang bentuk buminya berbukit bukau dan tanah rata. Terdapat juga anak-anak sungai yang begitu panjang, pokok-pokok mengkuang dan hutan yang begitu luas. Pada akhir 60-an yang mana penduduk kawasan Hulu Berang terutama penduduk tempatan telah mengadakan satu perjumpaan khas dengan YB Menteri Besar Terengganu. Pada masa itu, YAB. Dato’ Seri Haji Wan Mokhtar Bin Wan Ahmad bertempat di kampung Menerong. Dengan rayuan masyarakat setempat yang mana Menteri Besar bersetuju menganugerahkan satu kawasan tanah dan diserahkan kepada pihak FELDA bagi membangunkan dan menjayakan tanah tersebut bagi mengangkat taraf ekonomi masyarakat setempat. Maka dengan itu wujud rancangan Felda Mengkawang pada tahun 1973.

Nama Mengkawang diambil daripada 3 gabungan nama iaitu Pokok Mengkuang yang begitu banyak, pokok balak yang besar bernama Tengkawang dan sungai yang panjang yang dinamakan Sungai Cuang. Daripada 3 nama tersebut melahirkan sebuah nama iaitu MENGKAWANG.

Tanah kampung Felda Mengkawang mulai diterokai dan dibangunkan pada 2 peringkat iaitu tahun 1977/1978 dan 1978/1979. Lokasi rancangan berada di bawah Daerah Hulu Terengganu. Bilangan peneroka yang telah diterima masuk adalah seramai 329 orang peneroka.  Jumlah penduduk adalah seramai 2285 orang