Komuniti

KOMUNITI

JKKK

 

Sebagaimana fungsi asas Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang lain, JKKK FELDA MENGKAWANG turut berperanan dalam memastikan kestabilan penduduk dan kemajuan kampung sentiasa terjamin. Pihak JKKK akan mengadakan mesyuarat pada setiap bulan bagi membincangkan   mengenai   perkembangan   kampung dan merancang aktiviti-aktiviti kampung. Malah, matlamat JKKK adalah untuk membantu meningkatkan taraf hidup penduduk kampung supaya boleh bersaing dengan penduduk bandar dan berusaha untuk meningkatkan keyakinan diri serta mencuba sesuatu yang baru dan boleh menguntungkan. Pihak JKKK juga berperanan mengatur program-program kecil yang memberikan banyak faedah kepada penduduk dan kepentingan kampung yang melibatkan semua peringkat umur. Selain itu, aktiviti yang dianjurkan oleh pihak JKKK dengan penduduk kampung adalah kegiatan gotong-royong membersihkan kawasan kampung   unutk   menceriakan   kampung   masing-masing. Sekiranya ada sebarang majlis keramaian, penduduk akan sama-sama menyumbangkan tenaga agar semuanya berjalan dengan lancar.

 

BELIA

 

Golongan belia FELDA MENGKAWANG mempunyai pelbagai aktiviti mereka tersendiri. Walaupun ramai di antara belia telah berhijrah ke kawasan bandar untuk melanjutkan pelajaran ataupun bekerja namun bagi belia yang masih tinggal di sini mereka aktif dalam aktiviti sukan. Bola sepak, futsal, bola jaring dan takraw merupakan aktiviti yang sering dilakukan oleh belia kampung ini sekiranya ada masa terluang. Persatuan Belia Felda Mengkawang ini juga ada menganjurkan pertandingan kejohanan bola sepak yang melibatkan penyertaan belia dari kampung sekitar. Namun  yang  jelas,  belia  Felda  Mengkawang lebih  gemar  bersukan  untuk  mengisi  masa  terluang. Selain itu, mereka juga ada mengadakan program menangani masalah Gejala Sosial di Felda Mengkawang dan melaksanakan   aktiviti   riadah   dirancangan. Bagi   belia yang sudah berhijrah dan menetap di bandar, mereka lebih tertumpu ke bandar-bandar besar seperti Johor Bahru dan Kuala Lumpur serta bekerja di sektor awam dan swasta.

 

 

 

WANITA

 

Tugas seorang wanita sememangnya sinonim dalam hal-hal menguruskan keluarga dan rumah tangga. Namun,  golongan  wanita di  Felda  Mengkawang  turut aktif  menceburkan  diri  dengan  aktiviti  yang memberi banyak kemahiran dan faedah kepada mereka. Oleh itu, kewujudan Persatuan Kumpulan WANITA (Gerakan Persatuan Wanita Felda Mengkawang) yang berfungsi sebagai badan pengerak kepada aktiviti di Felda Mengkawang. Selain itu, mereka berperanan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup di kalangan warga penerokawati. Persatuan ini juga turut mengadakan aktiviti keagamaan dan kerohanian seperti majlis bacaan Yasin yang diadakan di masjid.  Malah kumpulan wanita ini juga terlibat dengan program-program kampung seperti Majlis Maulidur Rasul yang memerlukan kerjasama bagi menjayakan program tersebut. Persatuan ini juga mengadakan aktiviti bulanan peringkat blok dan rancangan seperti mesyuarat blok dan membantu program yang dianjurkan peringkat Felda Mengkawang. Mereka juga menjalankan aktiviti gotong-royong di kawasan awam dan blok-blok (kampung).


AKTIVITI MASYARAKAT KAMPUNG FELDA MENGKAWANG


1. PERTANDINGAN TAMAN DAN LANSKAP TERCANTIK 



 


2. AKTIVITI SEPERTI :

  • GOTONG ROYONG
  • RUMAH TERBUKA HARI RAYA
  • PROGRAM BERSAMA KOSPEN
  • PROGRAM PERTANDINGAN DIANJURKAN OLEH BELIA

 

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.