Pelancongan & Rekreasi

TEMPAT MENARIK DI SEKITAR FELDA MENGKAWANG 

 1.  LATA BELUKAR BUKIT
Lata belukar bukit adalah kawasan yang baru dimajukan dan popular di kalangan penduduk tempatan. Belukar bukit merupakan tempat perkelahan dan perkhemahan yang menarik. Alam semulajadi serta ketenangan dan kesejukan air menjadi tarikan utama ke kawasan ini. Kawasan perkelahan belukar bukit terletak 20km di selatan kuala berang,Hulu Terengganu. Disini juga mengadakan aktiviti berkayak dan tempat perkhemahan untuk sekolah atau badan-badan beruniform. Dari Felda Mengkawang hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk sampai ke kawasan perkelahan ini. Lata belukar sesuai untuk keluarga yang ingin berkelah sambil menikmati alam semula jadi.

 2.  WATERFALL SEKAYU 



Hutan Lipur Sekayu atau lebih dikenali juga dengan Air Terjun Sekayu terletak di dalam kawasan hutan simpanan Hulu Terengganu Tambahan. Ia berada di dalam daerah Hulu TerengganuTerengganu, 16 kilometer dari pekan Kuala Berang dan 56 kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Kawasan ini boleh dicapai melalui persimpangan Ajil Lebuh Raya Pantai Timur.

Hutan lipur tersebut mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar. Pelbagai spesies tumbuhan dan pokok terdapat di hutan ini termasuklah pokok-pokok yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Di sini juga terdapat infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan pihak berkuasa seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tempat berkhemah dan denai dalam hutan (untuk rentas hutan).

Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempesonakan yang merupakan daya tarikan utama kepada pengunjung ke sini tidak kira pengunjung dari dalam atau luar negeri. Air sungainya yang jernih dan sejuk membuatkan sesiapa sahaja tertarik apabila datang berkunjung ke sini.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.