Pusat Internet Komuniti (PIK) adalah satu
inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara
Technology Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat
(PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat
luar bandar dengan masyarakat bandar.
Objektif penubuhan Pusat Internet Komuniti (PIK) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT
terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian
internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet Komuniti juga dilaksanakn
sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan
menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.
Perkhidmatan lain yang
disediakan:
ü
Menaip
ü Kelas Komputer / Ict (Percuma Untuk Ahli)
ü Jualan Komputer & Aksesori
ü
Sewa
Bilik Mesyuarat
- Log Masuk
- Daftar Akaun Baru