Berita & Aktiviti Terkini

HARI TERBUKA PI1M 2017

24 September 2017 | Berita Terkini

Hari Terbuka merupakan program wajib yang dijalankan oleh Pusat Internet 1 Malaysia setiap tahun untuk tujuan menarik semula ahli-ahli berkunjung ke Pi1m dan menggunakan perkhidmatan yang ada di Pi1M Kg Gana Jati. Selain itu, Hari Terbuka juga adalah bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan Pi1m kepada yang bukan ahli dan juga badan-badan swasta atau kerajaan yang lain. Oleh yang demikian, pada tarikh 17 September yang lalu bersamaan dengan hari Ahad, Pi1M Kg. Gana Jati telah mengadakan sambutan Hari Terbuka bagi tahun 2017. Program Hari Terbuka ini bermula pada jam 7.30 pagi dan... read more

Nur Afini binti Ismail Omar

30 August 2017 | Profil Usahawan Tempatan

   Nur Afini binti Ismail Omar, berumur 22 tahun, belum berkahwin dan menetap di Kampung Bakong-Bakong merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan menjual makanan dan minuman. Beliau yang lebih dikenali dengan nama Hany memulakan perniagaan beliau pada 7 Mac yang lalu dengan modal sendiri sebanyak RM7500.                 Keuntungan yang diperolehi oleh Cik Hany adalah sebanyak RM350 sebulan. Sebelum memulakan perniagaan, beliau telah menghadiri beberapa kursus antaranya ialah kursus pengendalian makanan, kursus kek gulung, kursus membuat dan menghias kek serta beliau juga pernah menghadiri Ekspo Satu Daerah Satu Industri anjuran DiDr (Department of... read more

PERTANDINGAN MEMBUAT DAN MEWARNA POSTER

26 August 2017 | Berita Terkini

     22 Ogos yang lalu,satu pertandingan telah diadakan bagi menyambut bulan kemerdekaan yang bakal disambut setiap tahun. Pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotism dalam kalangan golongan muda masa kini. Semangat hidup secara aman makmur harus dititik beratkan dalam segenap lapisan masyarakat agar kemajuan dalam pelbagai aspek dapat dicapai. Pertindandingan terbuka kepada kanak-kanak sekolah rendah dari tahun satu hingga enam namun kategori dibuka kepada dua kategori iaitu tahap satu dan dua. Semasa pertandingan masing-masing menunjukkan semangat patriotik dengan mewarna poster merdeka dengan bersungguh-sungguh. Setiap penyertaan dimulakan dengan mengambil poster yang... read more

PROGRAM LATIHAN KEUSAHAWANAN

26 August 2017 | Berita Terkini

                                                    Keusahawanan atau sinonimnya peniaga-peniaga yang berniaga sama ada secara atas talian ataupun berniaga secara terang-terangan amat digalakan mengunakan kemudahan internet dalam menjalankan rutin perniagaan seharian mereka. Iayanya bukan sahaja mampu meningkatkan keuntungan malah dalam memperoleh prospek pasaran dapat dikembangkan dengan kos yang minima. Hal ini dapat dilihat kepada peniaga online mampu menjana pendapatan yang memberangsangkan dengan kos pemasaran perniagaan yang sedikit. Baru-baru ini, pihak pengurusan Pi1m kg Gana Jati... read more

KISAH SI CELIK ICT, ADIK ALIAH

08 August 2017 | Kisah Kejayaan

Norani Aliah binti Jauhari atau lebih dikenali dengan nama panggilan Aliah, berumur 10 tahun dan menetap di Kg. Gana Jati, Beluran. Adik Aliah memulakan pendidikan beliau di Prasekolah Sk. Perancangan dan sekarang beliau bersekolah di Sk. Perancangan dalam kelas Tahun 4.                 Kisah kejayaan adik Aliah dapat dilihat melalui peningkatan ilmu pengetahuan menggunakan internet dalam kehidupan seharian terutamanya aspek pembelajaran beliau. Norani Aliah binti Jauhari mula mendaftar sebagai ahli Pi1M Kg. Gana jati pada 25 Februari 2016 dan bermula pada hari tersebut, adik Aliah mula melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang... read more

ICT CHAMPIONSHIP

26 July 2017 | Berita Terkini

   Sepanjang syawal selama sebulan,aktiviti-aktiviti pengisian di isi dengan aktiviti-aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada komuniti. Bukan itu sahaja aktiviti bersama komuniti yang diadakan dapat mengeratkan silaturahin antara satu sama dengan yang lain. Menjadi adat resam bahawa anak-anak yang berada di perantauan pulang ke desa masing-masing dan inilah masa yang sesuai untuk merapatkan lagi jalinan hubungan kekeluargaan antara satu sama lain.  satu aktiviti mesra dengan komuniti telah diadakan. Aktiviti yang diadakan ICT championship. Aktiviti diadakan berbentuk keupayaan menggunakan pelayar mudah alih dengan cepat dan pantas, dan ini memerlukan setiap individu yang... read more

Usahawan Mohd Riduwan

26 July 2017 | Profil Usahawan Tempatan

   Mohd Riduwan Musid, 25 tahun, menetap di Kampung Gana Jati, daerah Telupid merupakan usahawan Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Gana Jati dalam perniagaan prabayar.Beliau Mula berkecumpung dalam dunia perniagaan ini sejak hujung tahun 2015 setelah menyedari kelebihan dan kepentingan perniagaan yang bukan sahaja menambah pendapatan malah dapat menambah ilmu dalam selok belok perniagaan.  Perniagaan dijalankan secara perkongsian dengan beberapa orang rakan kongsi yang juga merupakan usahawan ppusat internet Kg. Gana Jati. Idea untuk memulakan perniagaann ini bermula apabila mohd Riduwan mengikuti salah satu seminar usahawan yang diadakan di daerah Telupid dan ditambah... read more

KISAH KEJAYAAN PUAN RIANNA

18 July 2017 | Kisah Kejayaan

Puan Rianna merupakan nama yang tidak asing lagi di kawasan Sapi Nangoh terutamannya Kg. Perancangan, Kg. Gana Jati, Kg. Rancangan Nangoh dan kawasan-kawasan yang berhampiran. Sebelum ini, admin ada menulis satu artikel mengenai Puan Rianna binti A. Rahman, 29 tahun, yang merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan pembuatan kek, roti dan sebagainya. Beliau merupakan suri rumah dan juga usahawan sepenuh masa. Puan Rianna mula berdaftar sebagai ahli Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Gana Jati pada April 2015. Kisah kejayaan Puan Rianna dapat dilihat melalui peningkatan dalam permintaan terhadap produk beliau iaitu kek... read more

SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA KOMUNITI 2017

18 July 2017 | Berita Terkini

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi meraikan kemenangan pada bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun dan ikhlas. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam (selain Hari Raya Korban). Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Gana Jati tidak ketinggalan untuk mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan komuniti terutamanya ahli pi1m. Sambutan tersebut telah berlangsung pada 8 Julai bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu bertempat di Pi1M Kg. Gana Jati.                 Program telah berlangsung selama 4 jam... read more

PROGRAM KESIHATAN BERSAMA KELINIK KESIHATAN NANGOH ANJURAN RSPO KERJASAMA PI1M.

22 June 2017 | Berita Terkini

Hari seterusnya, iaitu pada 15 jun 2017 satu lagi aktiviti iaitu program kesihatan (Pertolongan Cemas) bersama Kelinik kesihatan Nangoh kepada pengusaha kelapa sawit khususnya. Program ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada komuniti setempat tentang langkah-langkah proaktif yang harus diambil sekiranya berada dalam situasi kecemasan. Sungguhpun begitu sebelum program bermula, pihak pengurusan pi1m sempat memberikan taklimat advokasi kepada semua peserta yang hadir selama labih kurang lima belas minit. Kemudian, aktiviti diteruskan lagi dengan dimulakan dengan taklimat secara theoretical daripada panel kesihatan dan diselitkan contoh secara amali dengan menunjukkan demo kepada semua... read more

lagi berita & aktiviti