Berita & Aktiviti Terkini

Profil Usahawan - Rosmadi bin Ngah (Usahawan Burger & 'Ice Blend')

31 July 2017 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA : ROSMADI B. NGAH ALAMAT : KG KUALA SETIU, SETIU, TERENGGANU En. Rosmadi merupakan peniaga bumiputera yang menjalankan perniagaan menjual burger dan ‘ice blend’. Beliau menjual pelbagai jenis burger, ‘ice blend’ dan sosej bakar yang mana beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat. Beliau bersama isterinya menjalankan aktiviti perniagaan ini di tapak rumahnya. Selain itu, beliau juga menerima tempahan dan menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan. Beliau berharap dengan adanya PI1M Gong Batu ini dapat membantu beliau untuk menambahkan lagi ilmu dalam dunia perniagaan.    ... read more

Majlis Pelancaran Projek Penyelidikan Translasional UMT

31 July 2017 | Berita Terkini

23 Julai 2017 – Majlis Pelancaran Projek Penyelidikan Translasional UMT telah diadakan di Jeti Laguna Kg Gong Batu. Projek ini merupakan Projek Penyelidikan Translasional Kuda Laut & Belangkas UMT. Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Idris Jusoh. Beberapa orang peternak di Kg Gong Batu telah dipilih bekerjasama dengan UMT untuk  menternak kuda laut & belangkas di dalam sangkar mereka. Tujuan projek ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti mengenai kepentingan ilmu penyelidikan dalam membantu kehidupan seharian mereka. Dengan adanya projek seperti ini, diharap Setiu akan... read more

Majlis Santai Raya & Pi1M Mini Open Day

31 July 2017 | Berita Terkini

20 Julai 2017 (Khamis) –  Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (J3K) Gong Batu dengan kerjasama Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Batu telah mengadakan Majlis Santai Raya dan Pi1M Mini Open Day bersama warga Kg Gong Batu bertempat di Taman Bakau Kg Pengkalan Gelap, Kg Kuala Setiu. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Antara juadah yang disediakan ialah laksa penang, nasi minyak, laksa Terengganu, ketupat, tapai dan pelbagai kuih muih. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan... read more

Program Jalinan Ukhwah - Iftar Bersama Pemimpin

30 June 2017 | Berita Terkini

Pada 15 Jun 2017 (Khamis) – J3K Gong Batu bersama penduduk Kg Gong Batu dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan Majlis Berbuka puasa bertempat di Bangunan Kraftangan Kg Gong Batu.  Majlis berbuka Puasa merupakan aktiviti tahunan yang wajib diadakan di Kg Gong Batu sempena Bulan Ramadhan yang penuh barakah. Majlis ini untuk menggalakkan semua penduduk Kg Gong Batu dan kampung berdekat untuk meraih ganjaran dan keberkatan dengan mengerjakan amal ibadat di dalam bulan Ramadhan, maka Majlis Berbuka Puasa ini juga telah memberi peluang kepada semua yang hadir dalam mengeratkan... read more

Majlis Berbuka Puasa

30 June 2017 | Berita Terkini

Pada 17 Jun 2017 (Sabtu) – Jawatankuasa Masjid Kg Gong Batu bersama penduduk Kg Gong Batu telah mengadakan Majlis Berbuka puasa bertempat di Masjid Kg Gong Batu.  Majlis berbuka Puasa merupakan aktiviti tahunan yang wajib diadakan di Kg Gong Batu sempena Bulan Ramadhan yang penuh barakah. Majlis ini untuk menggalakkan semua penduduk Kg Gong Batu dan kampung berdekat untuk meraih ganjaran dan keberkatan dengan mengerjakan amal ibadat di dalam bulan Ramadhan, maka Majlis Berbuka Puasa ini juga telah memberi peluang kepada semua yang hadir dalam mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu... read more

Kisah Kejayaan & Celik IT : Muhammad Irfaizi Danial bin Karini

07 June 2017 | Kisah Kejayaan

Muhammad Irfaizi Danial bin Karini merupakan penduduk asal Kg Gong Batu dan pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana. Sebelum beliau menjadi ahli Pi1M, beliau sukar untuk mengakses internet bagi menyelesaikan tugasan dan membuat ulangkaji pelajaran yang mana memerlukan rujukan yang terperinci. Beliau berminat untuk mendalami bidang mengenai ICT. Beliau juga aktif mengikuti kelas-kelas dan program yang diadakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Batu. Antaranya kelas Pengenalan Microsite, Microsoft Office (Word, Power Point), Program Kami Bakal Usahawan Muda, Pertandingan Video Kreatif dan Pertandingan Slaid Berinformasi. Setelah mengikuti kelas... read more

Kisah Kejayaan & Celik IT : Muhammad Hanif Haikal bin Azizi

31 March 2017 | Kisah Kejayaan

Muhammad Hanif Haikal bin Azizi merupakan penduduk asal Kg Gong Batu dan pelajar tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains Mara Besut. Sebelum beliau menjadi ahli Pi1M, beliau sukar untuk mengakses internet bagi menyelesaikan tugasan dan membuat ulangkaji pelajaran yang mana memerlukan rujukan yang terperinci. Beliau berminat untuk mendalami bidang mengenai ICT. Beliau juga aktif mengikuti kelas-kelas dan program yang diadakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Batu. Antaranya kelas Pengenalan Microsite, Microsoft Office (Word, Power Point), Program Kami Bakal Usahawan Muda, Pertandingan Video Kreatif dan Pertandingan Slaid Berinformasi. Setelah mengikuti... read more

Kisah Kejayaan - Nor Ainizawati binti Rani (Usahawan Kedai Runcit)

06 June 2017 | Kisah Kejayaan

Puan Nor Ainizawati binti Rani merupakan penduduk di Kg Gong Batu yang mana menjalankan perniagaan kedai runcit. Beliau menjual pelbagai jenis barangan runcit.  Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia untuk menggunakan khidmat di situ seperti membuat poster, dan mengiklankan perniagaannya di laman sosial facebook.      Sebelum penggunaan ICT di Pi1M, beliau mempunyai masalah dalam menghasilkan iklan dan pemasaran online. Beliau bersyukur kerana telah memanfaatkan kemudahan yang disediakan di Pi1M seperti komputer untuk membuat poster dan khidmat print & laminate.  Beliau juga menggunakan internet sebagai platform untuk mempromosikan perniagaan di... read more

Kisah Kejayaan - Haniza binti Ariff (Usahawan Kedai Makan & Kedai Runcit)

06 June 2017 | Kisah Kejayaan

Puan Haniza binti Ariff merupakan penduduk di Kg Gong Batu yang mana menjalankan perniagaan kedai makan dan kedai runcit. Beliau menjual mee soto, ABC dan pelbagai jenis barangan runcit.  Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia untuk menggunakan khidmat di situ seperti membuat poster, dan mengiklankan perniagaannya di laman sosial facebook.      Sebelum penggunaan ICT di Pi1M, beliau mempunyai masalah dalam menghasilkan iklan dan pemasaran online. Beliau bersyukur kerana telah memanfaatkan kemudahan yang disediakan di Pi1M seperti komputer untuk membuat poster dan khidmat print & laminate.  Beliau juga menggunakan internet... read more

Kisah Kejayaan - Che Maria binti Che Ahmad (Usahawan Kedai Makan)

31 March 2017 | Kisah Kejayaan

Puan Che Maria binti Che Ahmad merupakan penduduk di Kg Gong Batu yang mana menjalankan perniagaan kedai makan. Beliau menjual makanan pagi seperti nasi minyak, nasi lemak dan pelbagai jenis kuih.  Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia untuk menggunakan khidmat di situ seperti membuat poster, dan mengiklankan perniagaannya di laman sosial facebook.      Sebelum penggunaan ICT di Pi1M, beliau mempunyai masalah dalam menghasilkan iklan dan pemasaran online. Beliau bersyukur kerana telah memanfaatkan kemudahan yang disediakan di Pi1M seperti komputer untuk membuat poster dan khidmat print & laminate.  Beliau juga... read more

lagi berita & aktiviti