Berita Terkini

Bengkel Cakna ICT

29 December 2017 | Berita Terkini

Bengkel Cakna ICT telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Gong Batu pada 22 Disember 2017 iaitu pada hari Jumaat. Bengkel ini bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Seramai 20 orang komuniti Kampung Gong Batu dan penduduk terutama golongan ibu bapa telah menyertai program ini. Program santai bersama komuniti ini memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang gadjet pada masa sekarang serta kesan penggunaan gadjet kepada manusia. Perkembangan dunia teknologi pada masa ini telah memberi impak yang besar kepada manusia dan penggunaan telefon sekarang sudah menjadi... read more

Program Bersama Komuniti - Pemeriksaan Mata Percuma

29 December 2017 | Berita Terkini

Selasa, 19 Disember 2017 – Pusat Internet 1 Malaysia Kg Gong Batu telah bekerjasama dengan Pusat Optometris Efkeyo mengadakan Program Pemeriksaan Mata Percuma kepada komuniti Kg Gong Batu dan penduduk sekitarnya. Program ini bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Peserta yang hadir berumur linkungan belasan tahun sehingga 80-an. Pemeriksaan mata ini dilakukan sendiri oleh Doktor Mata yang mana merupakan pemilik Pusat Optometris Efkeyo iaitu Dr. Farawahida binti Fakaruddin. Selain itu, pameran dan jualan cermin mata turut diadakan semasa program ini. Seramai lima orang peserta yang terawal mendapat... read more

Profil Usahawan - Kamariah binti Abu Bakar (Usahawan Keropok Cap Bunga Emas)

15 December 2017 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA: KAMARIAH BT ABU BAKAR LOKASI: KG KUALA SETIU Puan Kamariah merupakan peniaga bumiputera yang mana menjalankan perniagaan menjual dan membuat keropok. Beliau menjalankan perniagaan ini bersama suaminya dan dibantu oleh anak-anak mereka. Produk yang dijual adalah keropok keping dan keropok lekor. Di samping menjual keropok di kampung ini, beliau juga menjual keropoknya ke luar negeri Terengganu. Rasa keropoknya yang sedap dan teksturnya yang ranggup serta nipis menambat hati pengemar keropok.  ... read more

Profil Usahawan - Wan Masri Bin Wan Mohd (Peniaga Peralatan Memancing)

15 December 2017 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA : WAN MASRI BIN WAN MOHD ALAMAT : KAMPUNG GONG BATU, 22100 SETIU, TERENGGANU Encik Wan Masri Bin Wan Mohd merupakan peniaga bumiputera yang menjalankan perniagaan menjual peralatan memancing. Perniagaan beliau beroperasi pada setiap hari. Beliau menjalankan perniagaan di tapak rumahnya. Selain menjual alatan memancing kepada pelanggan, beliau juga mengambil tempahan bot untuk keluar memancing. Beliau menggunakan media sosial untuk mempromosikan perniagaan beliau. Beliau merasa gembira dengan adanya Pusat Internet Kampung Gong Batu yang mana dapat membantu meningkatkan perniagaan beliau serta dapat menambah ilmu pengetahuan dalam bidang komputer. ... read more

Profil Usahawan - Che Teh Binti Ambak (Pengusaha Tikar Mangkuang)

15 December 2017 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA : CHE TEH BINTI AMBAK ALAMAT : KAMPUNG KUALA SETIU, 22050 SETIU, TERENGGANU. Che Teh Binti Ambak atau Che We nama panggilan di kampung yang berusia 65 tahun merupakan seorang pengusaha tikar mengkuang. Beliau bersama suaminya menajalankan perniagaan ini di rumahnya. Hasil anyaman akan dijual ke pusat kraftangan di bandar Kuala Terengganu. Selain itu, beliau selalu membuat demonstrasi anyaman tikar mengkuang untuk aktiviti yang dijalankan di Setiu Wetlands. Beliau akan menjual hasil anyaman tikar mengkuang kepada pengunjung yang datang. Dengan adanya Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Gong Batu, hasil anyaman beliau... read more

Kisah Kejayaan & Profil Usahawan - Nisah binti Embong (Usahawan Kedai Sayur)

29 November 2017 | Profil Usahawan Tempatan

  Puan Nisah bt Embong atau lebih dikenali sebagai Mok Sah merupakan peniaga bumiputera yang menjalankan perniagaan bahan mentah masakan seperti sayur-sayuran, ikan, ayam, kepah, lokan dan lain-lain. Kedai beliau beroperasi setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang. Beliau bersama suaminya menjalankan aktiviti perniagaan ini di tepi jalan besar yang mana memudahkan pelanggan untuk pergi ke kedainya. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia untuk menggunakan khidmat di situ seperti membuat poster, dan mengiklankan perniagaannya di laman sosial facebook. Sebelum penggunaan ICT di Pi1M, beliau mempunyai masalah dalam menghasilkan... read more

Kisah Kejayaan - Azmi bin Omar (Penternak Ikan Siakap & Ikan Kerapu Hybrid)

29 November 2017 | Kisah Kejayaan

  En. Azmi bin Omar merupakan salah seorang penternak ikan siakap dan ikan kerapu hybrid. Beliau juga membekalkan anak benih ikan kerapu kepada penternak-penternak lain samada dalam negeri Terengganu atau luar negeri Terengganu. Di samping itu, beliau juga menjual ikan yang diternak kepada pembekal-pembekal. Sangkar ikan beliau sering menjadi tumpuan pelancong yang datang ke Laguna Kg Gong Batu untuk merasai tiram dan melihat ikan-ikan secara lebih dekat. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia untuk menggunakan khidmat di situ seperti membuat poster, dan mengiklankan perniagaannya di laman sosial facebook. Sebelum penggunaan ICT... read more

Kisah Kejayaan - Tuan Haji Abdul Manaf bin Ahmad (Usahawan Kedai Runcit)

30 September 2017 | Kisah Kejayaan

  Tuan Haji Abdul Manaf bin Ahmad merupakan peniaga bumiputera yang menjalankan perniagaan kedai runcit. Beliau menjual pelbagai jenis barangan runcit antaranya ialah makanan ringan, bahan asas masakan, barangan kering dan lain-lain. Beliau bersama isterinya menjalankan aktiviti perniagaan ini di tapak rumah ibu mereka yang mana berada di tepi jalan besar. Lokasi perniagaan yang strategik menjadikan kedai beliau mendapat sambutan yang menggalakkan. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia untuk menggunakan khidmat di situ seperti membuat poster, dan mengiklankan perniagaannya di laman sosial facebook. Sebelum penggunaan ICT di Pi1M, beliau mempunyai... read more

Kisah Kejayaan - Rosmadi bin Ngah (Usahawan Gerai Burger & Ice Blend)

30 September 2017 | Kisah Kejayaan

  En. Rosmadi merupakan peniaga bumiputera yang menjalankan perniagaan menjual burger dan ‘ice blend’. Beliau menjual pelbagai jenis burger, ‘ice blend’ dan sosej bakar yang mana beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat. Beliau bersama isterinya menjalankan aktiviti perniagaan ini di tapak rumahnya. Selain itu, beliau juga menerima tempahan dan menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia untuk menggunakan khidmat di situ seperti membuat poster, dan mengiklankan perniagaannya di laman sosial facebook. Sebelum penggunaan ICT di Pi1M, beliau mempunyai masalah dalam menghasilkan iklan dan pemasaran online. Beliau... read more

Program Kacau Bubur As-syura

31 October 2017 | Berita Terkini

Pada 14 Oktober 2017 bersamaan 24 Muharam 1439 Hijrah – Sabtu telah diadakan Program Kacau Bubur As-syura di Masjid Kampung Gong Batu. Program ini bermula jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang. Program ini dihadiri oleh penduduk Kampung Gong Batu dan Kampung Kuala Setiu serta dihadiri oleh Pengerusi J3K yang mana juga merupakan Pengerusi Masjid Kg Gong Batu, Che Hassim b. Abd Rahman, AJK J3K Kg Gong Batu dan AJK Masjid Kg Gong Batu. Objektif program ini diadakan adalah merayakan Bulan Muharam dan fadilatnya disamping mengeratkan hubungan silatulrahim di antara penduduk... read more