Kisah Kejayaan & Celik IT : Muhammad Amir bin Mazlan

22 November 2016 | Kisah Kejayaan

Muhammad Amir Haikal bin Mazlan merupakan penduduk asal Kg Gong Batu dan pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana. Sebelum beliau menjadi ahli Pi1M, beliau sukar untuk mengakses internet bagi menyelesaikan tugasan dan membuat ulangkaji pelajaran yang mana memerlukan rujukan yang terperinci. Beliau berminat untuk mendalami bidang mengenai ICT. Beliau juga aktif mengikuti kelas-kelas dan program yang diadakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Batu. Antaranya kelas Pengenalan Microsite, Microsoft Office (Word, Power Point), Program Kami Bakal Usahawan Muda, Pertandingan Video Kreatif dan Pertandingan Slaid Berinformasi. Setelah mengikuti kelas di Pi1M, beliau telah mahir menggunakan Microsoft Office (Word & Power Point), ‘search engine’, e-mel dan ‘Facebook’. Dengan adanya Pi1M, beliau dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dan memudahkan proses pembelajaran.