Kisah Kejayaan & Celik IT : Nor Fatihah binti Jusoh

19 September 2016 | Kisah Kejayaan

Nor Fatihah binti Jusoh merupakan penduduk asal Kg Gong Batu dan pelajar Kolej Vokasional Besut. Sebelum beliau menjadi ahli Pi1M, beliau sukar untuk mengakses internet bagi menyelesaikan tugasan dan membuat ulangkaji pelajaran yang mana memerlukan rujukan yang terperinci. Beliau berminat untuk mendalami bidang mengenai ICT. Beliau juga aktif mengikuti kelas-kelas dan program yang diadakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Batu. Antaranya kelas Pengenalan Microsite, Microsoft Office (Word, Power Point), dan Program Show Your Love. Setelah mengikuti kelas di Pi1M, beliau telah mahir menggunakan Microsoft Office (Word & Power Point), ‘search engine’, e-mel dan ‘Facebook’. Dengan adanya Pi1M, beliau dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dan memudahkan proses pembelajaran.