Profil Usahawan - Hanisah binti Ismail (Usahawan Kedai Makan)

31 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA : HANISAH BINTI ISMAIL

ALAMAT : BERHADAPAN SK KUALA SETIU

Puan Hanisah merupakan peniaga bumiputera yang menjual makanan pagi, tengahari dan pisang goreng. Beliau beroperasi setiap hari kecuali cuti pada hari Jumaat sahaja. Pelbagai jenis hidangan makanan yang dijual seperti nasi lemak, nasi berlauk dan lain-lain.

Beliau telah memilih tapak perniagaan yang strategik di mana kedai beliau berada di tepi jalan besar dan juga berhadapan dengan kawasan sekolah yang mana menjadi kawasan tumpuan pelajar dan orang ramai. Harapan beliau dengan adanya PI1M Gong Batu ini dapat membantu untuk menambahkan lagi ilmu dalam bidang perniagaan beliau.