Profil Usahawan - Masarisah (Usahawan Kedai Makan)

31 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA : MASARISAH

ALAMAT : KG KUALA SETIU, SETIU, TERENGGANU

Puan Masarisah merupakan peniaga bumiputera yang menjalankan perniagaan kedai makan. Beliau beroperasi setiap hari kecuali cuti pada hari Jumaat sahaja. Pelbagai jenis hidangan makanan yang dijual seperti masakan panas, mee sup, nasi air, bihun sup dan ABC.

Beliau telah memilih tapak perniagaan yang strategik di mana kedai beliau berada di tepi jalan besar dan juga berhampiran dengan kawasan sekolah yang mana menjadi kawasan tumpuan pelajar dan orang ramai. Harapan beliau dengan adanya PI1M Gong Batu ini dapat membantu untuk menambahkan lagi ilmu dalam bidang perniagaan beliau.