Program Jalinan Kasih

31 December 2016 | Berita Terkini

Pada 23 Disember 2016 (Jumaat), sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Masjid Kg Gong Batu. Program dianjurkan oleh AJK Masjid Kg Gong Batu dan bacaan selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW dialunkan selepas solat jumaat. Jamuan ringan turut disediakan untuk Jemaah masjid. Dengan adanya sambutan Maulidur Rasul ini, kami berharap jalinan kasih antara kami dengan Rasulullah SAW bertambah erat.