Profil Usahawan - Anizawati binti Rani (Usahawan Kedai Runcit)

31 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA : NOR ANIZAWATI BINTI RANI

ALAMAT : KG GONG BATU, SETIU, TERENGGANU

Puan Anizawati merupakan peniaga bumiputera yang menjalankan perniagaan kedai runcit. Pelbagai barangan runcit yang dijual. Antaranya ialah makanan ringan, bahan asas masakan, barangan kering dan lain-lain.

Kedai beliau berada di tepi jalan besar dan juga berhampiran dengan kawasan sekolah yang mana menjadi kawasan tumpuan pelajar dan orang ramai. Harapan beliau dengan adanya PI1M Gong Batu ini dapat membantu untuk menambahkan lagi ilmu dalam bidang perniagaan beliau.