Majlis Perasmian Pusat Internet 1Malaysia Kg Gong Batu

21 March 2016 | Berita Terkini

19 Mac 2016 (Sabtu) – Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Gong Batu telah mengadakan satu majlis perasmian bagi merasmikan pembukaan Pusat Internet 1Malaysia di Kampung Gong Batu. Majlis ini bermula dari jam 7.30 pagi dan berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari dan telah dihadiri hampir 200 orang. Pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya ialah senaman aerobik, pertandingan puzzle, aktiviti advokasi Klik Dengan Bijak (KDB), cabutan bertuah, teka bilangan kulit lokan dan pertandingan kuiz kesihatan bersama KOSPEN. Selain itu, aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma anjuran KOSPEN turut diadakan. Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu, YB Che Zulkifli bin Jusoh dan majlis disempurnakan dengan acara gimik perasmian iaitu acara memotong reben.

Pihak Pi1M Gong Batu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjalankan majlis ini terutamnya Pihak Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (J3K) Gong Batu, KOSPEN, JKR Setiu, Pejabat Penyelaras Dun Permaisuri, Pejabat Kesihatan Daerah Setiu dan Majlis Daerah Setiu.

Berikut merupakan gambar sepanjang majlis berlangsung: