Santai Raya@Pi1M (Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Pi1M Mini Open Day)

25 July 2016 | Berita Terkini

23 Julai 2016 (Sabtu) –  Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (J3K) Gong Batu dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Kg Gong Batu telah mengadakan satu Majlis Sambutan Hari Raya dan Pi1M Mini Open Day bersama warga Kg Gong Batu bertempat di Bangunan Kraftangan Kg Gong Batu (berdekatan Pi1M Gong Batu).

Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Antara juadah yang disediakan ialah laksa penang, nasi minyak, laksa Terengganu, ketupat, tapai dan pelbagai kuih muih.

Bersempena majlis ini pihak pengurusan Pi1M Gong Batu membuka peluang kepada komuniti sekitar untuk mendaftar sebagai ahli Pi1M secara percuma. Selain itu, pihak pengurusan Pi1M juga menyediakan ‘goodie bag’ untuk setiap pendaftran ahli baru. Ini adalah sebagai usaha pihak pengurusan Pi1M untuk menambahkan jumlah keahlian Pi1M. Disamping itu, aktiviti mempromisikan program dan aktiviti yang diadakan seperti USM Smart Learning, Entrepreneurship Program dan Kelas ICT yang dianjurkan turut dilakukan. Aktiviti promosi kempen Klik Dengan Bijak turut dilakukan dimana penerangan serta hebahan melalui flyers telah dijalankan.

Diharapkan program ini dapat mengeratkan hubungan Pi1M Gong Batu dan komuniti sekitar agar dapat memudahkan perjalanan aktiviti program Pi1M demi kebaikan dan manafaat komuniti sekitar Pi1M sejajar dengan usaha untuk memaksimumkan kemudahan dan aktiviti yang disediakan oleh pihak Pi1M.

Berikut merupakan gambar sepanjang majlis: