Kisah Kejayaan & Profil Usahawan - Sarina binti Dollah (Usahawan Lekar)

25 May 2016 | Kisah Kejayaan

Puan Sarina merupakan peniaga bumiputera yang menjalankan perniagaan menjual lekar, hasi laut seperti lokan, ketam dan kerang. Lokasi kedai beliau berada di tepi jalan besar iaitu di Bazar Majlis Daerah Setiu Kg Kuala Setiu merupakan tempat yang strategik untuk jualan beliau. Di samping menjalankan perniagaan di kedai, beliau sering kali dipanggil untuk menunjukkan demo pembuatan lekar. Ini dapat menambahkan lagi pendapatan beliau.

Beliau telah memanfaatkan kemudahan yang disediakan di Pi1M seperti komputer untuk membuat poster dan khidmat print & laminate. Beliau juga menggunakan internet sebagai platform untuk mempromosikan perniagaan di laman sosial.

Telah memanfaatkan kemudahan yang disediakan di Pi1M dengan menghadiri kelas keusahawan dan menggunakan kemudahan PC dan Internet untuk melakukan promosi produk beliau dilaman sosial seperti FB dan Whatsapp, membuat flyers, senarai harga dan juga untuk tujuan pengurusan dokumen-dokumen perniagaannya. Selain itu, beliau juga menggunakan perkhidmatan WiFi-Komuniti bagi tujuaan e-banking untuk urusan pembayaran dengan pembekal.

Harapan Puan Sarina agar perniagaannya makin berkembang. Beliau juga berharap para usahawan dapat memanfaatkan kemudahan dan perkhidmatan di Pi1M dengan sebaiknya untuk urusan perniagaan.