Mengenai PI1M

Maklumat PI1M Kg Gong Batu

 

Pusat Internet 1 Malaysia adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

 

Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakan sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

 

Perkhidmatan lain yang disediakan:

ü  Menaip

ü  Kelas Computer / Ict (Percuma Untuk Ahli)

ü  Sewa Bilik Mesyuarat


Maklumat Komuniti Kg Gong Batu

 

Kampung Gong Batu, Kuala Setiu ialah sebuah kampung yang  terletak diantara Kampung Fikri dan Kampung Benting Lintang (Daerah Besut). Keluasan kampung ini adalah 700 ekar serta terdapat 188 buah rumah di mana jumlah penduduk adalah seramai 910 orang. Pecahan kaum pula adalah 100% Melayu beragama Islam. Kampung Gong Batu merupakan perkampungan nelayan, majoriti penduduk kampung bekerja sebagai nelayan dan merupakan sumber pendapatan paling utama.

Nama Kampung Gong Batu timbul apabila seorang penduduk kampung iaitu Pak Mat menjumpai sebatang pokok yang besar. Pokok itu adalah Pokok Batu. Pokok Batu ini dijumpai di kawasan tanah tinggi yang dahulunya dipanggil Gong. Penduduk kampung memberi nama samaran Pak Mat Gong Batu kepada Pak Mat kerana beliau yang mengilhamkan nama Kampung Gong Batu. Sejarah yang dapat dikekalkan sampai sekarang ialah kawasan tanah perkuburan iaitu kawasan yang dipanggil Gong pada awal pembukaan kampung ini. Manakala, kawasan yang adanya Pokok Batu sudah tiada kerana kawasan tersebut telah dijadikan jalan raya.

Sejarah Kampung Gong Batu ialah penduduk asal Kampung Gong Batu adalah gabungan perpindahan daripada penduduk Kampung Kuala Setiu dan Kampung Payang. Perpindahan pertama ialah pada 14 Januari 1964, iaitu sebanyak 60 buah rumah. Perpindahan berlaku disebabkan kerana tinggal di tepi pantai tidak begitu selamat dan terlalu banyak risiko. Penduduk kampung membuka penempatan baru bagi menjamin keselamatan. Kesan sejarah yang masih ada sampai sekarang ialah sebuah telaga yang terletak di tepi kawasan pantai Kampung Gong Batu. Ketua Kampung pertama pada waktu ialah Wan Ahmad bin Long. Beliau dilantik menjadi ketua kampung pada 14 Januari 1964.


Maklumat PI1M & Komuniti Kg Gong Batu

Lokasi

Kg Gong Batu

UST Area

 

Daerah

Setiu

Negeri

Terengganu Darul Iman

Populasi

910 orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Perikanan (Nelayan & Ternak Ikan Dalam Sangkar), Perniagaan Kecil-kecilan, Penternakan (Lembu & Kambing)

Jumlah Keahlian

(setakat 30 September 2015)

 

Lat/Long PI1M

Lat: 5.67433 / Long: 102.70267

Teknologi

Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom

Tarikh Bermula Beroperasi

07 Oktober 2015

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Nur Hanun binti Che Hassim

Email: hanun@celcom1cbc.com

No Telefon: 014-5012571

 

Penolong Pengurus

Nama: Wan Masria binti Wan Mohd

Email: wanmasria@celcom1cbc.com

No Telefon: 016-9601442

Website

http://www.celcom1cbc.com/kg-gong-batu

Kampung Tanpa Wayar

1.     Zone 1: Pi1M Kg Gong Batu

i.KTW_2200154_1_1

ii. KTW_2200154_1_2

iii.KTW_2200154_1_5

iv. KTW_2200154_3_3

2.     Zone 2: Kg Benting Lintang

i.KTW_2200154_1_8

ii. KTW_2200154_3_10

iii.KTW_2200154_3_11

iv. KTW_2200154_3_12

3.     Zone 3: Kg Pengkalan Kubur

i.KTW_2200154_3_13

ii. KTW_2200154_3_14

iii.KTW_2200154_3_15

4.     Zone 4: Laguna

i.KTW_2200154_1_4

ii. KTW_2200154_3_4

iii.KTW_2200154_3_5

iv. KTW_2200154_3_6

5.     Zone 5: Kg Limau Manis

i.KTW_2200154_1_6

ii. KTW_2200154_3_7

iii.KTW_2200154_3_8

iv. KTW_2200154_3_9


Tempat-tempat Menarik

1.      Nurseri Pemuliharaan Paya Bakau                                                                                                                                                                    

Pusat semaian bakau dan nipah di Kg Pengkalan Gelap, Setiu ini adalah antara satu-satunya tapak semaian seumpamanya di negara ini. Ia adalah hasil kerjasama JKKK Kampung Gong Batu, penduduk Kampung Gong Batu, Kampung Pengkalan Gelap bersama Pejabat Daerah Setiu dan Universiti Malaysia Terengganu serta mendapat kerjasama daripada  beberapa pertubuhan termasuk Tabung Hidupan Liar (WWF), Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan syarikat korporat yang prihatin.

 

            Langkah mewujudkan pusat semaian ini adalah sebagai satu cara bagi menyokong pemuliharaan alam sekitar paya becah atau 'wetland' yang kaya dengan khazanah alam. Di antara pokok yang menjadi tunjang kepada ekosistem wetland adalah bakau, nipah serta rhu.

 

            Selain itu juga, dorongan untuk menanam semula bakau tercetus setelah penduduk kampung sedar bahawa hasil tangkapan ikan meningkat selepas usaha pelbagai pertubuhan menanam semula di kawasan tertentu, selain hasil yang penduduk peroleh daripada

penjualan benih bakau ke seluruh negara. Di samping itu ia juga menjadi pusat pembiakan

pelbagai spesis unggas, serangga, ikan marin, tuntung dan bermacam-macam lagi hidupan di wetland.

 

            Lantaran kejayaan proses pemuliharaan ini, pusat semaian bakau dan nipah telah dijadikan sebagai tempat perlancongan. Pengunjung boleh datang sendiri dan merasai suasana yang indah serta dapat menanam anak benih bakau.

 

            Pengunjung boleh mendapatkan maklumat mengenai tapak semaian ini di :

http://terengganumyheritage.blogspot.com/ atau sebarang pertayaan dan keterangan lanjut boleh menghubungi Pengerusi Koperasi Bela Rakyat Paya Laut,En. Abdul Manaf (019-9045539).


1.     Laguna Agro Resort


Kawasan Laguna Setiu terletak di kawasan sungai Kampung Gong Batu adalah antara kawasan yang kaya dengan tanah becah @ wetland dan amat cantik di mana persekitaran dan kawasannya masih belum tercemar. Dengan keluasan 880 hektar dan mengunjur sepanjang 26 km, ia kaya dengan khazanah alam semulajadi iaitu daripada hidupan wetland seperti pokok bakau dan nipah, spesis ikan marin, burung-burung, kerang- kerangan dan sebagainya.


            Daya tarikan utama di sini ialah ianya dikelilingi dua persekitaran yang cantik amat memukau iaitu hamparan pantai yang memutih dan suasana lagun yang cantik serta mendamaikan. Laguna Setiu adalah antara lagun yang tercantik di Malaysia.


            Di sekelilingnya adalah kawasan wetland yang kaya dengan pelbagai hidupan yang amat menarik untuk diterokai. ia amat kaya dengan pelbagai jenis ikan marin, burung-burung, krustasia, ketam, tiram dan lain-lain hidupan.


            Apa yang paling istimewa ialah terdapat dua spesis tuntung yang sukar dan jarang dijumpai iaitu 'river terrapin' dan 'painted terrapin'. ia adalah spesis tuntung yang hanya terdapat di Laguna Setiu. Di sini juga merupakan kawasan pemuliharaan tuntung yang telah di jalankan oleh WWF Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu. Antara aktiviti yang dapat pengunjung rasai di Laguna Agro Resort adalah:

o    Perkhemahan

o    Menyusuri lagun

o    Wetland trekking

o    Memancing ikan dan udang galah

o    Bird watching

o    Kenali alam wetland

o    Mencari kepah, kerang & ketam nipah

o    Aktiviti rekreasi air seperti berkayak, menarik pukat

o    Melihat kelip-kelip (fire fly)

o    Melihat pendaratan penyu

o    Memasang bubu dan lukah

o    Melawat aktiviti hiliran hasil laut: belacan, budu, ikan masin dan macam-macam lagi

o    Chalet terapung

Untuk tempahan boleh hubungi, Tel :09-6903045/09-6902245 atau www.agroresort.com.

 

1.     Produk Tempatan (Budu dan Belacan)


Nama Pemilik : Kelethon binti Omar

No.Telefon : 019-9121545

Alamat : Kg Gong Batu, 22120 Setiu, Terengganu.

 

2.    Menjual Hasil Laut dan Barang Kraftangan (Lokan, Kepah & Lekar)

Nama Pemilik : Sarina binti Dollah

No.Telefon : 013-2914291

Alamat : Kg Pengkalan Gelap, 22120 Setiu, Terengganu.