Ekonomi dan Keusahawanan

1.0 MENTERNAK IKAN DALAM SANGKAR,TIRAM,UDANG

            Sesuatu perternakan yang unik telah diusahakan oleh penduduk Kampung Gong Batu ialah menternak ikan siakap dalam sangkar. Jumlah penduduk yang melibatkan diri dalam ternakan ini ialah seramai 49 orang dan jumlah sangkar yang telah ada ialah sebanyak 330 unit. Luas sangkar ikan ialah 16x20 kaki persegi. Jumlah ikan yang telah dibiak ialah sebanyak 581,000 ekor. Menternak ikan siakap merupakan pekerjaan yang akan mendapat keuntungan yang agak lumayan. Ikan yang dibiak akan dijual kepada pemborong untuk dieksport. Penduduk juga mengusahakan pengusahaan pemeliharaan tiram. Jumlah  anggaran  pendapatan  kasar  bagi  pengusahaan  pemeliharaan  tiram  ialah RM 6000.00 setahun. Penduduk juga menternak anak benih ikan dengan membina kolam-kolam dengan bantuan pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Luas kolam anak benih ikan ialah 1/4 ekar.


2.0 MENTERNAK LEMBU,KAMBING DAN AYAM

Kegiatan ekonomi yang turut dikerjakan oleh penduduk Kampung Gong Batu adalah menternak haiwan seperti lembu dan kambing. Jumlah penduduk yang menternak lembu seramai 8 orang manakala jumlah penduduk yang menternak kambing ialah 8 orang. Jumlah lembu yang diternak sebanyak 225 ekor dan jumlah kambing yang diternak ialah 205 ekor. Penduduk yang menternak lembu dan kambing membina kandang yang boleh menampung bilangan haiwan yang diternak agar haiwan yang diternak tidak berkeliaran di merata-rata tempat seperti di jalan raya dan rumah-rumah penduduk kampung.

   ·         SENARAI PENTERNAK AYAM

1. NIK ISMAIL BIN NIK MUSTAPHA        = 2000 EKOR

2. BAHAROM BIN AHMAD                        = 2000 EKOR

·         SENARAI PENTERNAK ITIK 

1. KHATIJAH BINTI MAT CHIK     = 200 EKOR


3.0       MENJUAL HASIL LAUT DAN BARANG KRAFTANGAN

Selain itu juga, penduduk Kampung Gong Batu menceburi diri dalam bidang pengusahaan jualan hasil laut dan sungai serta barang kraftangan.Terdapat gerai-gerai di sepanjang jalan raya Kampung Gong Batu yang menjual barang kraftangan hasil laut dan sungai seperti ketam, ikan kering,ikan siakap dan sotong. Ini merupakan kegiatan ekonomi yang dikerjakan oleh sebilangan besar penduduk kampung Gong Batu.

 

BIL

NAMA PENGUSAHA

JENIS BARANG

PENDAPATAN

KASAR SEBULAN

1.

FATIMAH BT. CHE LONG

IKAN KERING, CUKA NIPAH,BUDU,IKAN JERUK,BELACAN DAN LEKAR

 

RM 700.00

2.

KELETHON BT. OMAR

BUDU DAN BELACAN

RM 500.00

3.

ROHANI BT. ALI

BELACAN

RM 500.00

4.

ESAH BT. ISMAIL

BELACAN

RM 500.00

5.

RAHIMAH BT. AB GHANI

BUDU DAN BELACAN

RM 500.00

 










4.0       PERUSAHAAN MAKANAN RINGAN

Seramai 2 orang mengusahakan perusahaan makanan ringan. Perusahaan ini mendapat bimbingan dan bantuan modal dari Pejabat Pertanian.


5.0       KEDAI RUNCIT DAN KEDAI MAKAN

Pengusahaan jualan kedai kopi serta kedai barangan runcit juga menjadi kegiatan ekonomi penduduk Kampung Gong Batu. Terdapat 9 kedai makan sepanjang jalan Kampung Gong Batu. Manakala jumlah kedai runcit ialah 7 buah. Kebanyakkan peniaga mendapat pinjaman modal daripada Amanah Ikhtiar Cawangan Setiu, Pejabat Mara dan Pejabat Tekun.

6.0       GERAI MAKANAN

Terdapat juga belia yang membuka gerai makanan di tepi jalan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.



·         SENARAI TUKANG JAHIT

BIL

NAMA

PENDAPATAN BULANAN

1.

KELETHON BINTI OMAR

RM 400.00

2.

SURIANI BINTI HASSAN

RM 400.00

3.

CHE AIDA BINTI CHE SALIM

RM 400.00

4.

ALINA BINTI AHMAD

RM 400.00

5.

AMINAH BINTI YUSOF

RM 400.00

6.

NORIAH BINTI HUSSIN

RM 400.00

 

·         SENARAI TUKANG RUMAH

1. AHMAD BIN ABU BAKAR

2. WAN YUSOF BIN WAN ABU BAKAR

3. WANG GANI BIN WAN NAWANG

4. KHAIRUDDIN BIN ABDULLAH

5. SALLEH BIN MAT CHIK

6. MOHD JANI BIN JAAFAR

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.