Pelancongan & Rekreasi

NURSERI PEMULIHARAAN PAYA BAKAU

 

            Pusat semaian bakau dan nipah di Kg Pengkalan Gelap, Setiu ini adalah antara satu-satunya tapak semaian seumpamanya di negara ini. Ia adalah hasil kerjasama JKKK Kampung Gong Batu, penduduk Kampung Gong Batu, Kampung Pengkalan Gelap bersama Pejabat Daerah Setiu dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta mendapat kerjasama daripada  beberapa pertubuhan termasuk Tabung Hidupan Liar (WWF), Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan syarikat korporat yang prihatin.

Langkah mewujudkan pusat semaian ini adalah sebagai satu cara bagi menyokong pemuliharaan alam sekitar paya becah atau 'wetland' yang kaya dengan khazanah alam. Di antara pokok yang menjadi tunjang kepada ekosistem wetland adalah bakau, nipah serta rhu.

            Selain itu juga, dorongan untuk menanam semula bakau tercetus setelah penduduk kampung sedar bahawa hasil tangkapan ikan meningkat selepas usaha pelbagai pertubuhan menanam semula di kawasan tertentu, selain hasil yang penduduk peroleh daripada penjualan benih bakau ke seluruh negara. Di samping itu ia juga menjadi pusat pembiakan pelbagai spesis unggas, serangga, ikan marin, tuntung dan bermacam-macam lagi hidupan di wetland.

Lantaran kejayaan proses pemuliharaan ini, pusat semaian bakau dan nipah telah dijadikan sebagai tempat perlancongan. Pengunjung boleh datang sendiri dan merasai suasana yang indah serta dapat menanam anak benih bakau.

            Pengunjung boleh mendapatkan maklumat mengenai tapak semaian ini di :

http://terengganumyheritage.blogspot.com/ atau sebarang pertayaan dan keterangan lanjut boleh menghubungi Pengerusi Sahabat Alam Sekitar Setiu Terengganu (Sahabat Setiu), Tg. Azam bin Tg. Mat (014-2954969). 

LAGUNA AGRO RESORT

 

Kawasan Laguna Setiu terletak di kawasan sungai Kampung Gong Batu adalah antara kawasan yang kaya dengan tanah becah @ wetland dan amat cantik di mana persekitaran dan kawasannya masih belum tercemar. Dengan keluasan 880 hektar dan mengunjur sepanjang 26 km, ia kaya dengan khazanah alam semulajadi iaitu daripada hidupan wetland seperti pokok bakau dan nipah, spesis ikan marin, burung-burung, kerang- kerangan dan sebagainya.

Daya tarikan utama di sini ialah ianya dikelilingi dua persekitaran yang cantik amat memukau iaitu hamparan pantai yang memutih dan suasana lagun yang cantik serta mendamaikan. Laguna Setiu adalah antara lagun yang tercantik di Malaysia.

Di sekelilingnya adalah kawasan wetland yang kaya dengan pelbagai hidupan yang amat menarik untuk diterokai. ia amat kaya dengan pelbagai jenis ikan marin, burung-burung, krustasia, ketam, tiram dan lain-lain hidupan.

Apa yang paling istimewa ialah terdapat dua spesis tuntung yang sukar dan jarang dijumpai iaitu 'river terrapin' dan 'painted terrapin'. Ia adalah spesis tuntung yang hanya terdapat di Laguna Setiu. Di sini juga merupakan kawasan pemuliharaan tuntung yang telah di jalankan oleh WWF Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu. Antara aktiviti yang dapat pengunjung rasai di Laguna Agro Resort adalah:

o   Perkhemahan

o   Menyusuri lagun

o   Wetland trekking

o   Memancing ikan dan udang galah

o   Bird watching

o   Kenali alam wetland

o   Mencari kepah, kerang & ketam nipah

o   Aktiviti rekreasi air seperti berkayak, menarik pukat

o   Melihat kelip-kelip (fire fly)

o   Melihat pendaratan penyu

o   Memasang bubu dan lukah

o   Melawat aktiviti hiliran hasil laut: belacan, budu, ikan masin dan macam-macam lagi

o   Chalet terapung

 Untuk tempahan boleh hubungi, Tel :09-6903045/09-6902245 atau www.agroresort.com.

 

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.