Pendidikan

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 

            Terdapat tiga buah institusi di Kampung Gong Batu yang menyediakan pendidikan awal kepada kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun.Ia secara lansung memberi pilihan kepada ibubapa untuk membuat pilihan terbaik bagi pendedahan awal kepada anak mereka sebelum menempuh alam persekolahan.

            Semua institusi ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti jaringan jalan kampung bertar, bekalan elektrik dan sistem bekalan air bersih daripada paip kerajaan. Kelengkapan alat bantuan mengajar juga disediakan oleh pihak bertanggungjawab untuk kefahaman dan kemudahan pengajar dalam memberi pengajaran yang berkesan kepada kanak-kanak kampung ini.


KEMUDAHAN PENDIDIKAN DI KG. GONG BATU


  TABIKA KEMAS

 

                Tabika ini dipantau oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS ) daerah Setiu.  Tabika Kg. Gong Batu ini bermula pada tahun 1988, kemudian berpindah ke bangunan sementara pada tahun 2006 dan kekal di bangunan baru yang siap dibina pada tahun 2008.


PRA SEKOLAH

 

Bangunan Pra Sekolah ini memulakan pembelajaran pada tahun 2004. Prasekolah diurus oleh pihak sekolah dan dipantau oleh Pejabat Pendidikan Daerah Setiu. Hanya kanak-kanak berumur lima dan enam tahun sahaja dibenarkan belajar di kelas ini.


SEKOLAH

 

Sekolah Kebangsaan Kuala Setiu dibina pada tahun pada 1967. Bangunan yang pertama yang didirikan adalah bangunan kayu. Kemudian bangunan baru ditambah pada tahun 1990. Bangunan baru yang cantik dan dilengkapi peralatan pembelajaran yang terkini telah dibina pada tahun 2007 dan telah boleh digunakan pada bulan April 2009.

 

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.