Program Kacau Bubur Asyura bersama J3K Gong Kepas

03 November 2016 | Berita Terkini

02 November 2016 (Rabu) - Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (J3K) Gong Kepas dengan kerjasama  Pusat Internet 1Malaysia Gong Kepas telah menyertai Program Kacau Bubur Asyura Kota Putera yang diadakan sempena menyambut Bulan Muharam bagi tahun Islam Hijrah. Pusat Internet 1Malaysia Gong Kepas turut serta mengambil bahagian dalam program sebagai tanda sokongan kepada J3K Gong Kepas. Penduduk kampung berganding bahu memasak, menghias dan mengubah bubur asyura secara bersama - sama. Pengagihan bubur asyura juga turut berjalan.

Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat dan juga PI1M. Selain itu antara objektif program ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat gotong royong antara penduduk. Aktiviti telah melibatkan seramai searamai 15 orang wakil bagi Kampung Gong Kepas dan menerima kunjungan YB Mahadi Musa (ADUN Kota Putera). 

Gambar kenangan semasa program berjalan: