Program KOSPEN bersama J3K & Pi1M Gong Kepas

14 November 2016 | Berita Terkini

05 November 2016 (Sabtu) – Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (J3K) Gong Kepas dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Kg Gong Kepas telah Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) bersama J3K & Pi1M Gong Kepas. Program bermula jam 8.30 pagi sehinggan 12.30 tengahari. Program yang diadakan khusus untuk komuniti Kg Gong Kepas bertujuan untuk mempromosikan dan menggalakkan gaya hidup sihat serta untuk mengeratkan hubungan dalam komuniti Kg Gong Kepas. Pihak Pi1M Gong Kepas juga mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti promosi serta advokasi Klik Dengan Bijak (KDB).

Antara aktiviti yang telah berlangsung ialah ceramah kesedaran kesihatan dan pemeriksaan kesihatan termasuklah pemeriksaan tekanan darah, kandungan gula dalam darah, Body Mass Index (BMI). Selain itu juga, talkimat keselamatan dan promosi Rakan Cop juga diberikan oleh pihak Ibupejabat Polis Daerah Besut. Pihak Pi1M telah menyampaikan taklimat KDB dan kempen penggunaan ICT secara berhemat.

Acara permainan sukaneja seperti Lastik Target, Berjalan kaki 10 000 langakah, Jaring Kelapa menggunakan Kayu Hoki, Tiup Belon sampai Pecah, Lontaran Kasih Sayang dan Musical Chair turut dijalankan.

Pihak penganjur juga telah menyediakan hamper dan hadiah untuk cabutan bertuah. Pihak Pi1M Gong Kepas telah menyumbangkan 5 biji hamper serta menyediakan sijil penghargaan kepada pihak terbabit dalam menjayakan program ini. Program berakhir dengan majlis penyampian hadiah dan jamuan makan tengah hari.

Gambar - gambar kenangan sepanjang program :-