Success Story : CELIK IT - Nur Maisarah binti Zakaria

21 November 2016 | Kisah Kejayaan

Nur Maisarah binti Zakaria atau lebih dikenali sebagai Sarah merupakan seorang pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud 2 yang berasal Kg Gong Kepas. Sarah adalah antara ahli Pi1M  Kg Gong Kepas yang paling awal dan sentiasa aktif dalam mengikuti program serta latihan ICT yang dijalankan oleh Pi1M.

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti Pi1M, Sarah mempunyai kemahiran asas tentang ICT yang terhad kepada apa yang dipelajari di sekolah. Dengan kemudahan prasarana terkini seperti komputer dan internet berkelajuan tinggi yang disediakan di Pi1M, Sarah telah mengikuti pelbagai kelas ICT yang ditawarkan oleh pihak pengurusan Pi1M seperti kelas Microsoft Office dan kelas multimedia seperti image editing, penghasilan video menggunakan Proshow Producer.

Hasil dari usaha dan semangat Sarah mengikuti kelas – kelas yang telah dianjurkan, Sarah telah memenangi pelbagai pertandingan ICT anjuran Pi1M. Antaranya ialah Typing Championship, Volcano Eruption, Digital Race dan sebagainya.

Sarag berterima kasih kerana dengan adanya kemudahan yang disediakan oleh Pi1M, Sarah dapat memanafaatkan kelas - kelas ICT yang dianjurkan serta dapat menggunakan kemudahan ICT yang diberikan dengan mudah dan dapat menambah kemahiran ICTnya.