KDB Indoor Games Competition

26 December 2016 | Berita Terkini

24 Disember 2016 (Sabtu) – Pusat Internet 1 Malaysia Kg Gong Kepas telah mengadakan KDB Indoor Games Competition. Aktiviti ini melibatkan komuniti sekitar Pi1M khususnya ahli dengan fokus utama murid dan pelajar sekolah yang sedang bercuti. Pengisian aktiviti bersama peserta bertemakan indoor games yang diselitkan dengan penggunaan ICT untuk merekod markah untuk menentukan pemenang dan sebagai paparan peraturan pertandingan.  Pihak Pi1M Gong Kepas juga mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti advokasi Klik Dengan Bijak (KDB).

Antara aktiviti permainan yang dijalankan ialah teka jumlah biji kacang, dam ular gergasi serta online education games seperti Test Ur IQ, Egg Drop and Chicken Hatching. Program ini adalah sebahagian daripada usaha Pi1M untuk merapatkan hubungan komuniti setempat dan sebagai usaha menggalakkan para ahli meluangkan masa cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang program berjalan: