Majlis Perasmian Pusat Internet 1Malaysia Kampung Gong Kepas

31 March 2016 | Berita Terkini

26 Mac 2016 (Sabtu) – Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Gong Kepas telah mengadakan satu majlis perasmian. Majlis ini bermula dari jam 7.30 pagi dan berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari dan dihadiri hamper 300 orang. Pelbagai aktiviti yang antaranya ialah senaman aerobic, pertandingan mewarna, pertandingan mumia,  pertandingan puzzle, pertandingan dam ular gergasi, aktiviti advokasi Klik Dengan Bijak (KDB), cabutan bertuah, teka bilangan gula –gula dan biji betik. Selain pada itu, aktiviti pemeriksaan percuma anjuran KOSPEN turut berjalan. Majlis perasmian ini pada dijadualkan dirasmikan oleh Yang Berhormat Mohd Mahadi bin Musa selaku ADUN Kota Putera. Walaubagaimanapun, atas sebab yang tidak dapat dielakkan, beliau tidak dapat menghadiri majlis ini dan majlis disempurnakan oleh wakil beliau iaitu Tengku Kamaruddin sekaligus meyempurnakan acara gimik perasmian iaitu acara memotong reben. 

Pihak Pi1M Gong Kepas mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjalankan majlis ini terutamnya Pihak Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (J3K) Gong Kepas Dalam, J3K Seri Nangka dan J3K sekitar, KOSPEN, JKR Besut, Pejabat Penyelaras Dun Kota Putra, Pejabat Kesihatan Besut, Majlis Daerah Besut. Tidak ketinggalan juga usahawan – usawahan sekitar Kg Gong Kepas yang sudi menyumbangkan dana bagi menjayakan majlis ini.

Berikut merupakan gambar sepanjang majlis berlangsung:

.