Profil Usahawan : Encik Halim bin Jaafar (Usahawan Ice Blended & Bubble Tea)

21 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Halim bin Jaafar

Pekerjaan : Berniaga

Umur:  46 tahun

Alamat Perniagaan : Berhadapan Pasaraya SUPERMAS, Kg Gong Kepas, Besut, Terengganu

 

Encik Halim bin Jaafar merupakan salah seorang usahawan di Kampung Gong Kepas yang berjaya. Beliau menjalankan perniagaan menjual minuman ice blended dan bubble tea berkonsepkan food truck. Food truck beliau terletak di lokasi yang amat strategik iaitu berdekatan dengan Pasaraya Supermas dan kawasan perumahan Taman D’Lahar.

Food truck Encik Halim menawarkan pelabagai perisa minuman ice blended dari harga RM 2.00 – RM 6.00. Antara perisa yang digemari ramai ialah Green Tea.

Menurut beliau, konsep food truck memberikan kelibahan mobaliti kepada perniagaannya. Disamping itu, beliau menambah yang konsep ini adalah adaptable dengan cuaca hujan atau berangin kerana mempunyai pintu dan pelindung yang boleh dilaraskan. Sekiranya berminat untuk menikmati pelbagai minuman yang ditawarkan, boleh menghubungi beliau di nombor : 019-2265121.