Profil Usahawan : Fatin binti Jusoh (Usahawan Kosmetik)

28 December 2016 | Kisah Kejayaan

 

Nama : Nor Fatin Binti Jusoh

Pekerjaan :  Berniaga

Umur : 23 Tahun

Alamat Premis : Alor Lintang berhadapan Sekolah Tengku Mahmud II

 

Fatin merupakan usahawan muda di Kg Gong Kepas dan beliau menjalankan perniagaan kosmetik. Perniagaan beliau dinamakan sebagai “Fatin Beauty Shop”. Beliau membuka perniagaan kosmetik yang pada masa kini mendapat permintaan tinggi terutama golongan remaja dan wanita yang sangat mementingkan kecantikan.

Selain itu, Fatin juga berniaga melalui laman sosial facebook, Instagram, wechat & whatsapp yang mana ianya mudah dan tidak mengenakan sebarang cas pengiklanan. Fatin juga membuat perniagaan secara online dimana pelanggan bukan sahaja perlu ke premis tetapi hanya membeli barangan secara atas talian dan mengenakan caj penghantaran.

Setiap jenis barangan dan kosmetik yang dijual adalah dengan harga yang berpatutan dan mengikut harga semasa. Barangan yang dijual juga mendapat kelulusan KKM. Segala pertanyaan atau urusan pembelian secara online bolehlah hubungi beliau di 013 9704982 atau boleh pergi terus ke premis beliau di Alor Lintang berhadapan Sekolah Tengku Mahmud II.