Profil Usahawan : Puan Siti Mardiana binti Musa (Usahawan Pizza Islam)

14 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Siti Mardiana binti Musa

Pekerjaan : Berniaga

Umur:  40 tahun

Alamat Perniagaan : Berhadapan Pasaraya SUPERMAS, Kg Gong Kepas, Besut, Terengganu

 

Puan Siti Mardiana binti Musa merupakan salah seorang usahawan di Kampung Gong Kepas yang berjaya. Beliau menjalankan perniagaan menjual pizza berkonsepkan food truck yang diusahakan bersama suaminya En Halim bin Jaafar. En Halim menawarkan produk minuman Ice Blended & Bubble Tea manakala Pn Siti Mardiana menawakan produk Pizza Islam. Food truck beliau terletak di lokasi yang amat strategik iaitu berdekatan dengan Pasaraya Supermas dan kawasan perumahan Taman D’Lahar.

Food truck Pn Siti Mardiana menawarkan pelbagai perisa pizza yang menepati citarasa masyarakat sekitar iaitu Seafood, Tom Yam, Superme, Cowboy dan Hawaii. Harga yang berpatutan iaitu RM 7.50 menjadikan produk Pizza Islam dari beliau kegemaran ramai. Tambahan pula, produk beliau adalah keluaran Muslim yang sememangnya lebih disukai pelanggan. Antara perisa yang digemari ramai ialah Tom Yam dan Hawaii.

Menurut beliau, konsep food truck memberikan kelebihan mobaliti kepada perniagaannya. Disamping itu, beliau menambah yang konsep ini adalah adaptable dengan cuaca hujan atau berangin kerana mempunyai pintu dan pelindung yang boleh dilaraskan. Sekiranya berminat untuk menikmati pelbagai jenis Pizza Islam yang ditawarkan, boleh menghubungi beliau di nombor : 019-3367811.