Profil Usahawan : Encik Zulkafeli bin Mohd Nor (Usahawan Ayam Mentah)

22 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Zulkafeli bin Mohd Nor

Pekerjaan : Berniaga

Umur:  56 tahun

Alamat Perniagaan : Bersebelahan Shakri Mini Market, Kg Gong Kepas, Besut, Terengganu

 

Encik Zulkafeli bin Mohd Nor merupakan salah seorang usahawan di Kampung Gong Kepas yang berjaya. Beliau menjalankan perniagaan menjual ayam dan bahan mentah lain yang diusahakan bersama isterinya Pn Noraini. Kedai En Zulkafeli turut menawarkan pelbagai jenis sayuran, buah, mee, sos dan juga rempah-ratus. Lokasi kedai beliau adalah sangat strategik iaitu berdekatan dengan Shakri Mini Market dan di tepi laluan utama dari Jerteh ke Kampung Raja.

Selain dari lokasi yang strategic, kedai En Zulkafeli juga menawarkan harga yang kompetitif dan berpatutan menjadikannya pilihan orang ramai. En Zulkafeli menerangkan bahawa, bagi memastikan ayam yang dibekalkan berkualiti tinggi, aspek kebersihan amatlah penting. Beliau memastikan kedainya sentiasa bersih dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Beliau juga menerima tempahan untuk belian ayam secara borong.