Mengenai PI1M





SELAMAT DATANG
. Kami warga Pusat internet 1Malaysia Gong Kepas mengucapkan jutaan atas kesudian anda melawat laman web kami.

 

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (Pi1M) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan diberikan mandat pelaksanaan kepada syarikat – syarikat telco Malaysia. Pi1M Kg Gong Kepas adalah dibawah pelaksanaan Celcom Axiata Berhad. dengan kerjasama NuSuara Technologies Snd Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah program pemberian perkhidmatan sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan Information Communication and Technology (ICT) kepada komuniti tempatan selaras dengan matlamat yang digariskan oleh kerajaan. Melalui kemudahan yang disediakan oleh Pi1M termasuklah perkhidmatan jalur lebar, latihan kemahiran ICT secara percuma kepada ahli dan perkhidmatan Wi-fi Komuniti mampu meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti setempat secara amnya dan kominiti Kg Gong Kepas secara khususnya.



Objektif Pi1M

  • Kemudahan akses internet secara koleksi
  • Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
  • Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan social
  • Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan


Pendaftaran dan Keahlian:

  • Keahlian terbuka pada semua.
  • Untuk menjadi ahli hendaklah membayar RM5.00 seumur hidup sekaligus akan memperolehi penggunaan Wi-fi Komuniti
  • Ahli mendapat keistimewaan dari segi latihan, bayaran, modul dan lain-lain
  • Setiap ahli layak mengikuti krusus, latihan serta aktiviti yang dijalankan di PI1M secara PERCUMA

 

Perkhidamatan Yang Disediakan:

·            Kelas Latihan Komputer dan ICT percuma kepada ahli

·            Printing Hitam / Berwarna

·            Photostat

·            Scan

·            Laminasi

·            Upah menaip



Waktu Operasi :

Hari     :  Setiap hari kecuali Cuti Umum

Waktu :  9.00 pagi hingga 6.00 petang

Rehat  : 1.00 petang hingga 2.00 petang




Maklumat Komuniti Kg Gong Kepas

NAMA & SEJARAH KAMPUNG

            Kg. Gong Kepas mula dibuka pada sekitar tahun 1930 an oleh beberapa orang keluarga yang dikenali sebagai “Pak Samat”.  Asal usul nama Gong Kepas merupakan gabungan dua perkataan iaitu ‘ Gong ‘ bermaksud kawasan tanah tinggi manakala ‘Kepas’ adalah nama pokok.  Mengikut ceritanya pada masa dahulu terdapat pokok kepas yang besar dan tinggi tumbuh di kawasan Gong (tanah tinggi) tersebut.  Maka bersempena dengan itu kampung ini dinamakan “Gong Kepas”.

            Pekerjaan utama penduduk pada masa itu adalah menanam padi dan membuat bata atap dan jongkong tanah liat.  Perusahaan ini amat popular dan cukup sinonim dengan kampung ini.  Keluarannya dapat memenuhi permintaan penduduk sekitar Negeri Terengganu dan Kelantan.

            Dengan terbinanya jalanraya Jerteh - Kg. Raja penempatan penduduk pada mulanya lebih tertumpu di sepanjang jalan berkenaan iaitu dari Alur Lintang hingga ke Padang Baloh dan sepanjang lorong dari simpang Gong Kepas ke Kg. Batu Tumbuh.

            Dari masa ke semasa pertambahan penduduk semakin berkembang menyebabkan urus tadbir kampung menjadi semakin sulit maka pada tahun 1983 Kg Gong Kepas dibahihagikan kepada dua iaitu Kg Gong Kepas dan Kg Gong Kepas Dalam yang kawasan pengendaliannya bermula dari simpang tiga Gong Kepas menganjur ke selatan sepanjang jalan utama Gong Kepas Dalam hingga ke Kg.  Batu Tumbuh.

            Pada awal penubuhannya penduduk Kg. Gong Kepas ini dianggarkan seramai 400 orang ( 80 – 100 keluarga) tetapi sekarang telah berkembang sehingga ke 1389  orang ( 248  keluarga).  Keadaan tersebut berlaku ekoran wujudnya penempatan baru dan dengan pembinaan taman-taman perumahan yang baru. Lokasi kampung ini juga amat strategik kerana selain mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap ianya juga berdekatan dengan sekolah, pusat beli belah dan pusat pentadbiran di Kampong Raja.

Pekerjaan utama penduduk kawasan ini adalah sebilangan besar kakitangan kerjaaan, swasta dan bekerja sendiri.  Antara prasarana dan kemudahan awam yang terdapat di kawasan sekitar kampung ini ialah balairaya, klinik kesihat, balai polis, pasaraya, sekolah dan tabika, masjid dan madrasah, bank serta Pusat Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Terengganu.



Maklumat P11M & Komuniti Kg Gong Kepas

 

Lokasi

Kg Gong Kepas

UST Area

 

Daerah

Besut

Negeri

Terengganu Darul Iman

Populasi

1389 orang (248 keluarga)

Aktiviti Ekonomi Utama

Perniagaan, Penternakan dan Pertanian (Padi)

Jumlah Keahlian

(setakat 31 March 2017)

 

828   orang

Lat/Long PI1M

Lat: 5.7813   Long: 102.5552

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

9 Oktober 2015

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Nama: Zahidah bt Zakaria

Email: zahidah@celcom1cbc.com

No Telefon: 017-92281418

 

Penolong Pengurus

Nama: Wan Nur Shahirah Aishah bt Wan Mohamed

Email: wannur@celcom1cbc.com

No Telefon: 017-9249510

 

http://www.celcom1cbc.com/kg-gong-kepas

WiFi Komuniti

 

1.     Pi1M Kg Gong Kepas – 20m CBC Tower

- WK 3.1  - WK 3.2  - WK 3.3

2.     Kg Gong Kepas – 12m KTW Pole

- WK 3.4  - WK 3.5  - WK 3.6

3.     Kg Sri Nangka – 12m KTW Pole

- WK 3.7  - WK 3.8  - WK 3.9

4.     Kg Amer – 12m KTW Pole

- WK 3.10  - WK 3.11  - WK 3.12

5.     Kg Pinang – 12m KTW Pole

- WK 3.13  - WK 3.14  - WK 3.15

Senarai Nama Ahli Parlimen / ADUN Kawasan

Parlimen                       :  BESUT

Nama YB Ahli Parlimen :  YB. DATO’ SERI HJ. IDRIS

                                       BIN JUSOH

DUN                            :  KOTA PUTERA

Nama YB ADUN          :  YB. MOHD MAHDI BIN MUSA

Daerah                         :  BESUT

Nama Pegawai Daerah  :  DATO’ A. RAHIM BIN JUSOH

Mukim /Daerah              :  KG.RAJA/BESUT

Nama Penghulu Mukim  :  TN. HJ. WAN ABDUL RAHIM B.

                                       WAN DAUD

 

PETA ARAH Pi1M GONG KEPAS