Pelancongan & Rekreasi

Tempat-tempat Menarik


Pulau Perhentian

Pulau Perhentian terletak lebih kurang 10.8 batu nautika (20 km) ke Timur Laut Kuala Besut. Gugusan Pulau Perhentian merangkumi:

a) Pulau Perhentian Besar
b) Pulau Perhentian Kecil
c) Pulau Susu Dara dan pulau-pulau kecil yang lain.


Keluasan keseluruhannya adalah 1, 392.15 hektar. Terdapat kawasan pantai berpasir yang agak luas walaupun secara keseluruhannya diliputi oleh kawasan berbukit dan tebing di mana boleh mencapai setinggi 70 km hingga 300 km.

Hampir kesemua kemudahan awam terdapat di kawasan penempatan penduduk iaitu di Pulau Perhentian Kecil. Antara kemudahan yang disediakan ialah tadika, sekolah rendah, masjid, balairaya, pondok polis, klinik kesihatan, wakil pos, bomba rakyat, kawasan perkuburan, kedai Mara 2 tingkat dan perkedaian.

Kemudahan lain yang disediakan ialah Jeti awam di Teluk Pauh, Teluk Keke dan Jeti Utama di kawasan perkampungan. Bersesuaian dengan status perairan Pulau Perhentian sebagai Taman Laut pula, Jabatan Perikanan telah membina sebuah Pusat Taman Laut bagi menempatkan kakitangan untuk mengawal pengairan di samping menyedia kemudahan informasi.

Terdapat lebih kurang 1,000 buah bilik penginapan dari 42 buah pengusaha chalet dan resort dalam pelbagai kategori termasuk Pusat Peranginan Mewah, Chalet bertaraf sederhana dan rendah, Dorm serta kawasan perkhemahan dengan kadar sewa antara RM 50 hingga RM 300 sehari.

Kejernihan air laut serta kepelbagaian hidupan marin selain daripada kesesuaian tempat menjadikan pusat pelancongan ini popular dengan aktiviti-aktiviti snorkelingsoating, perkhemahan dan melihat penyu bertelur.

Keaslian dan keindahan alam sekitar semulajadi yang belum terjejas seperti laut daratan, pasir dan batu, gua, bukit-bukit, hutan dan tumbuhan semulajadi memungkinkan pelbagai aktiviti dapat dijalankan seperti jungle tracking, penyelidikan dan sebagainya.

Pulau Perhentian juga menjadi tumpuan pelancong untuk aktiviti scuba diving dan sijil yang dikeluarkan adalah diiktiraf di peringkat dunia.

Penglibatan aktif sama ada secara langsung dan tidak langsung penduduk tempatan dalam industri pelancongan dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk di Pulau Perhentian dan secara tidak langsung menggerakkan aktiviti-aktiviti hiliran dalam sektor perkhidmatan di pulau ini.

Sumber : http://mdb.terengganu.gov.my/pulau-perhentian


La Hot Spring



Kawasan air hangat ini terletak di pendalaman Hulu Besut kira-kira 28 km dari Bandar Jertih Terengganu. Pusat Pelancongan ini atau lebih dikenali dengan panggilan La Hot Spring telah dibuka kepada orang ramai sebagai tempat pelancongan pada tahun 1992 sempena perlancaran Ekspo Pembangunan dan Pekan Budaya Daerah Besut. Pusat rekreasi ini sebenarnya sudah lama wujud dan dikunjungi oleh penduduk tempatan pada setiap hujung minggu dan cuti am untuk menikmati keindahan alam semulajadi. Pengunjung berpeluang melihat air hangat yang keluar menerusi lubang dari sebuah bukit dan terus mengalir kedalam kolam yang disediakan. Air hangat yang mengalir ini mengandungi kimia “SULFUR” atau belerang dengan kehangatannya mencapai 49 darjah celsius. Ianya berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit. Di sini juga terdapat Wadding Pool bekas air hangat (thermos). Selain itu, air hangat buatan juga dibina selain kolam seperti spa bagi memudahkan orang ramai untuk menikmati kehangatan air hangat buatan ini secara persendirian. Di sini, pengunjung yang datang tidak pernah berkurang kerana setiap masa dikunjungi. Tarikan utama adalah air hangat semulajadi yang menjadi kepercayaan masyarakat yang dapat menyembuhkan penyakit selain mendapatkan kesegaran tubuh badan. La Hot Spring juga menyediakan banyak kemudahan untuk orang ramai seperti rumah rehat, musalla, tandas awam, restoran dan lain-lain lagi.

Sumber : http://www.visit-terengganu.net/la-hot-spring/


Pantai Bukit Keluang



Pantai Bukit Keluang merupakan satu pantai yang unik kerana terdapat struktur batuan ditepi pantai dan membentuk gua-gua kecil. Pantai ini dahulunya terkenal dengan kisah tempat persembunyian lanun-lanun, namun kini ianya tetap kekal dengan keunikannya tersendiri. Terletak hanya beberapa kilometer dari Kuala Besut dan kira-kira 3km daripada Pantai Air Tawar. Ianya sesuai untuk sebarang aktiviti bersama keluarga dan turut menjadi pilihan badan-badan pertubuhan seperti pengangkap, bulan sabit dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti mereka. Anda boleh menjelajah setiap pantai yang ada disini melalui pelantar pejalan kaki yang disediakan, Jangan lupa untuk masuk berjalan kedalam gua-gua yang ada dan menikmati keindahan semulajadinya. Abadikan kedatangan dipantai ini menerusi lensa kamera anda bersama keluarga atau teman-teman. Tarikan terkini yang terdapat di sini termasuklah ‘banana boat’, ‘bayliner bot’ dan ‘faber bot’. Jika anda berhajat ingin bermalam, terdapat resort berhampiran pantai ini yang boleh anda tempah. Sila layari www.bkbr.com.my untuk maklumat lanjut.

Sumber : http://www.visit-terengganu.net/pantai-bukit-keluang/


Penginapan

Antara kemudahan penginapan yang terdapat di sekitar Kampung Gong Kepas ialah: 

Bukit Keluang Beach Resort


NAMA : BUKIT KELUANG BEACH RESORT

ALAMAT: PANTAI PERANGINAN BUKIT KELUANG,
                22200 BESUT, TERENGGANU.

NO TELEFON : 09-6954100

NO FAKS: 09-9654200






Tanjung Demong Beach Resort


NAMA : TANJUNG DEMONG BEACH RESORT

ALAMAT: LOT 25 TANJUNG DEMONG, JALAN BUKIT KELUANG
                22200 BESUT, TERENGGANU.

NO TELEFON : 09-6955500

NO FAKS: 09-6955501



© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.