Pendidikan

Pusat Pendidikan

 

Antara pusat pendidikan yang terdapat di sekitar Kg Gong Kepas ialah:

 

Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II




Sekolah ini adalah kembaran daripada Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud. Nama sekolah ini diambil sempena nama Almarhum Sultan Terengganu iaitu Sultan Mahmud Al Muktafibillah Shah. Pada 30 November 1995 pendaftaran pertama murid-murid yang akan belajar di SKTM II, yang diketuai oleh Encik Kamarudin bin A. Aziz, Puan Zubaidah binti Puteh, Encik Mazlan bin Ismail dengan dibantu oleh beberapa orang guru yang baru ditugaskan untuk mengajar di sekolah ini. Turut hadir Tuan Haji Mohammad bin Ab. Hamid (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Besut). Seramai 380 orang murid telah mendaftarkan diri. Kini, Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 2 memiliki 297 pelajar lelaki dan 309 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 606 orang dan  mempunyai seramai 44 orang guru serta 15 orang staff sokongan.

 

Alamat : Jalan Gong Kepas Dalam, 22200 Besut, Terengganu.

No Tel : 09-6957795 / 09-6957795


Taska & Tabika PERMATA PPAK Gong Kepas

 


Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan pendidikan awal kanak-kanak. Murid berumur 4 - 6 tahun. Mempunyai kira 35 orang murid berserta 5 orang kakitangan.


Berikut merupakan ringksan kemudahan pendidikan yang terdapat di Kampung Gong Kepas dan kawasan sekitarnya.

 

JENIS

BILANGAN (UNIT)

TADIKA / TASKA

3

SEKOLAH KEBANGSAAN

1

SEKOLAH (JENIS) KEBANGSAAN

-

SEK MENENGAH

-

SEKOLAH AGAMA / PONDOK

1

PUSAT KOMPUTER / INTERNET

3

PUSAT TIUSYEN

2

KOLEJ SWASTA

-

KOLEJ KERAJAAN

-

PUSAT LATIHAN

1

UNIVERSITI

-

LAIN-LAIN (PUSAT KECEMERLANGAN

PENDIDIKAN YAYASAN TERENGGANU

1


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.