Usahawan Kg.Inobong -3 (Mohammad Azreen Latip/2016)

10 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

OHMYGADGETKK sejenis perniagaan atas talian yang dijalankan oleh adik Mohammad Azreen bin Abd Latip (25) dan 3 lagi rakan niaga.Mereka memulakan perniagaan atas talian ini dari tahun 2015 lagi tetapi sebelum ini mereka menjalankan perniagaan jam tangan dan juga telah mendapat untung dan sambutan yang baik oleh masyarakat terutamanya orang muda. Pada tahun 2016 bulan November, dengan bermodalkan hanya RM300, mereka telah bersepakat untuk menjual barang-barang aksesori telefon pintar dan Iphone dengan harga yang sangat berpatutan. 

Barang-barang aksesori seperti tempered glass, TPU-Case, lens protector, ring, USB kabel, wayar pengecas, dan banyak lagi. Dengan kadar harga serendah RM5 sehingga RM30.

Perniagaan atas talian mereka ini boleh dihubungi atau diikuti perkembangan melalui lama Facebook dan Instagram. Mereka telah membuat 6 kali putaran stok setakat ini dan seramai lebih daripada 50 pelanggan telah membelinya. 

Dengan berkonsepkan "HARGA MURAH, MUDAH, PANTAS" dan menyediakan perkhidmatan Cash on delivery sekitar Kota Kinabalu, pelanggan setia mereka hanya mesej apa yang mereka mahu beli dan akan dihantar dengan kadar segera. 

Selain daripada menjual aksesori gadget , mereka juga ada perkhidmatan servis komputer software mahupun hardware, semua jenis masalah mereka dapat membaikinya.

Perancangan untuk masa hadapan mereka adalah untuk memajukan lagi perniagaan ini, meluaskan empayar dan mempelbagaikan lagi servis mereka untuk memuaskan hati semua jenis pelanggan tidak kira dari yang tua hingga yang muda. Matlamat tahun depan OHMYGADGETKK ini adalah Idea promosi yang lebih kreatif bagi menambahkan lebih ramai dan berlipat ganda pelanggan.